BERASA kebas dan hilang deria rasa pada tangan dan kaki dirasai mereka yang menderita kerosakan saraf.
BERASA kebas dan hilang deria rasa pada tangan dan kaki dirasai mereka yang menderita kerosakan saraf.

BERASA kebas dan hilang deria rasa pada tangan dan kaki, sering berasa seolah-olah kaki sedang terbakar dan mengalami rasa berdenyut pada tangan serta kaki adalah sakit yang dirasai mereka yang menderita akibat kerosakan saraf.

Neuropati diabetes adalah sejenis kerosakan saraf yang biasanya menjejaskan bahagian kaki, malah tangan dan lengan juga boleh terkesan.

Saraf periferal pula adalah sebab kenapa sesetengah orang mengalami rasa seperti sentuhan, kesakitan dan suhu. Terdapat jutaan hujung saraf dalam jari, tangan, jari kaki serta kaki dan ia menjauhkan anda daripada bahaya dan objek panas, sejuk, tajam dan sebagainya.

Pesakit yang alami neuropati periferal, mungkin rasa berdenyut, sakit atau kebas pada kaki dan tangan. Kerosakan saraf bermula sebelum seseorang itu didiagnosis dengan diabetes, malah penghidap pradiabetes juga boleh mengalami neuropati.

Kerosakan saraf ini berlaku dalam ‘senyap’, bermakna ia tidak menunjukkan sebarang simptom.

Pemotongan adalah komplikasi serius neuropati yang berpotensi.

Ini kerana diabetes adalah antara punca utama pemotongan anggota bawah badan di seluruh dunia sehingga 50 peratus daripada semua kes pemotongan anggota.

Risiko mengalami pemotongan kaki ialah 27.7 kali lebih besar bagi seorang penghidap diabetes.

Menurunkan aras gula darah ke julat normal ialah langkah pertama untuk mencegah kerosakan saraf yang selanjutnya.

Oleh itu, pemantauan gula darah secara berkala, merancang pemakanan, aktiviti fizikal, mengambil ubat-ubatan secara oral atau suntikan insulin akan membantu mengawal aras glukosa darah.

Ia akan mengambil sedikit masa tetapi secara umumnya, simptom bertambah baik apabila kawalan glukosa juga baik yang boleh membantu mencegah atau melengahkan permulaan masalah selanjutnya.

Bagi mengelak pemotongan anggota badan berlaku, penghasilan semula saraf yang rosak dapat membantu.

Saintis Jepun mendapati saraf yang rosak boleh dibaiki dan disembuhkan dengan Mecobalamin. Malah ia mempunyai keupayaan untuk menghasilkan semula saraf baharu yang sihat dan mencegah radang saraf.

Sebahagian daripada gangguan tersebut boleh dicegah atau dirawat dengan Mecobalamin termasuk neuropati periferal.

Pengambilan satu kapsul 500mcg tiga kali setiap hari juga dapat bantu menggalakkan saraf sihat dan melindungi daripada kerosakan saraf diabetes.

Selain itu, mengekalkan berat badan sihat, bergerak aktif, sentiasa memilih bijirin penuh, mengelak makanan manis dan mengurangkan minuman manis pula adalah tip yang dapat membantu mendapatkan aras gula dalam darah yang lebih sihat.

Untuk maklumat lanjut, rujuk ahli farmasi anda atau layari www.livewell2u.com.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 20 Oktober 2019 @ 6:10 AM