(DARI kiri) Abdul Karim, Lim dan Wong melancarkan Hari Beras untuk rakyat Malaysia.
(DARI kiri) Abdul Karim, Lim dan Wong melancarkan Hari Beras untuk rakyat Malaysia.
Zaitie Satibi


Berkurun lamanya beras menjadi makanan ruji kepada jutaan penduduk dunia terutama di rantau Asia. Bagi mengiktiraf peranan beras dalam kehidupan penduduk negara ini, Jasmine Food Corporation dan Tefal melancarkan Hari Beras pada 10 Oktober lalu.

Acara yang julung kali diadakan bertujuan meraikan makanan ruji negara ini, di samping mendidik kebaikan memakan nasi dan sekali gus memperbetulkan salah tanggap bahawa beras adalah penyebab utama kepada pelbagai masalah kesihatan seperti diabetes.

Usaha sama Jasmine dan Tefal untuk mengiktiraf kepentingan beras berikutan ia adalah makanan yang dijamah rakyat Malaysia setiap hari dan tatkala kita berusaha untuk menjadi sebuah negara yang sihat, kita seharusnya belajar mengenai manfaat makanan yang diambil.

Sebagai makanan ruji, beras sentiasa menjadi hidangan popular dan digemari rakyat Malaysia misalnya nasi lemak, nasi kerabu, nasi kandar dan banyak lagi pilihan lain. Kebanyakan orang tempatan memakan nasi kerana ia adalah sumber utama karbohidrat dan tenaga.

JENIS beras yang banyak manfaat kesihatan termasuk mencegah risiko penyakit kronik.
JENIS beras yang banyak manfaat kesihatan termasuk mencegah risiko penyakit kronik.

Ketua Pegawai Eksekutif Jasmine Food Corporation Sdn Bhd, Lim Swee Keat berkata, ramai percaya bahawa pengambilan beras boleh memudaratkan kesihatan. Oleh itu, pihaknya dengan kerjasama Tefal berusaha untuk menjelaskan kepada orang ramai bahawa nasi tetap boleh menjadi pilihan yang sihat.

“Orang ramai masih boleh menikmati beras tanpa perlu bimbang akan kesan negatif terhadap kesihatan mereka dengan memilih beras yang mempunyai kandungan indeks glisemik (GI) yang rendah. Kami ingin mengikis persepsi orang ramai yang beras adalah penyebab utama kepada pelbagai jenis penyakit yang langsung tidak dibuktikan secara saintifik.

“Malah, kajian membuktikan bahawa beras bukan punca penyakit kardiovaskular dan diabetes,” katanya di majlis pelancaran meraikan Hari Beras, baru-baru ini.

JENIS beras yang banyak manfaat kesihatan termasuk mencegah risiko penyakit kronik.
JENIS beras yang banyak manfaat kesihatan termasuk mencegah risiko penyakit kronik.

Majlis disempurnakan Pengerusi Jasmine Food Corporation, Abdul Karim Md Lassim. Turut hadir, Pengurus Negara Groupe SEB Malaysia, Jack Wong.

Selain membekalkan tenaga, beras mampu mencegah obesiti kerana ia tidak mengandungi lemak jahat dan kolesterol. Malah, kandungan sodium yang rendah membantu mengawal tekanan darah bagi penghidap tekanan darah tinggi.

Manfaat beras yang lain termasuk membaiki pergerakan usus, menstabilkan aras gula darah dan memperlahankan proses penuaan dan pada masa sama membekalkan sumber vitamin B1 yang penting kepada tubuh manusia. Beras juga meningkatkan kesihatan kulit, meningkatkan metabolisme dan membantu pencernaan.

JENIS beras yang banyak manfaat kesihatan termasuk mencegah risiko penyakit kronik.
JENIS beras yang banyak manfaat kesihatan termasuk mencegah risiko penyakit kronik.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 10 Disember 2017 @ 12:03 AM