Produk sauna mudah alih mula mendapat perhatian pelanggan.
Produk sauna mudah alih mula mendapat perhatian pelanggan.

Kuala Lumpur: Di sebalik setiap pergelutan dan kesusahan, pasti ada kemanisan dan kejayaan yang bertamu.

Demikian terjadi kepada pasangan suami isteri pemilik empayar sauna mudah alih, Sumosauna, Norrizah Hazirah Maulana, 32, dan Mohd Helmi Izani, 31.

Selepas memiliki gudang dan lima lot kedai masing masing di Pekan Nanas, Johor, kisah pasangan itu berjaya membeli kereta mewah jenis Ferrari pada 18 November lalu dengan nombor plat IIUM 12 hangat diperkatakan dan tular.

Cuma kisah di sebalik pemilihan nombor plat yang mengabadikan nama universiti tempat pengajian pasangan itu mendapat banyak reaksi.

Pemilik empayar Sumosauna, pasangan suami isteri Norrizah Hazirah Maulana dan Mohd Helmi Izani
Pemilik empayar Sumosauna, pasangan suami isteri Norrizah Hazirah Maulana dan Mohd Helmi Izani

"Kerana saya dan suami belajar di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) di Gombak. Saya graduan Ekonomi manakala suami pula belajar Kejuruteraan Mekanikal.

"Cuma untuk kelainan, kami guna akronim universiti itu dalam bahasa Inggeris iaitu International Islamic University Malaysia (IIUM). Angka 12 tu kebetulan ada simbolik dan kenangan tersendiri untuk saya dan suami.

"Kami bangga mencipta kejayaan di situ. Kami pun mengalu alukan golongan pelajar universiti itu untuk menjana pendapatan bersama Sumosauna. Ada 3 orang 'top leader' di kalangan graduan di situ yang sudah jadi jutawan dan hanya menjadi suri rumah," katanya yang mesra dengan panggilan Kak Bi di kalangan ejen dan pengikutnya di media sosial.

Kata Kak Bi, dia tidak pernah menyangka kereta idaman yang selama ini hanya menjadi gambar hiasan serta paparan di komputer peribadi selain menjadi poster di dinding mampu dibeli kini.

"Allah Maha Kaya. Aturan Tuhan itu cantik. Jatuh bangun dalam hidup yang mematangkan diri. Namun saya dan suami juga bangga kerana hasil jualan produk sauna kami mampu melahirkan 12 orang golongan jutawan. Bahkan ada usahawan dibimbing mencapai jualan 1 juta pertama dalam tempoh 11 bulan.

"Mereka itu bermula dari kosong, tapi dibantu dan dibimbing kami sendiri sampai berjaya hingga boleh beli kereta dan rumah idaman.

"Malah saya bangga kerana separuh daripada jumlah jutawan itu daripada golongan suri rumah. Selebihnya daripada golongan bekerjaya seperti cikgu dan jururawat," katanya.

Kak Bi menempuhi pelbagai pengalaman jatuh bangun dalam perniagaan sebelum mula tercetus idea menjual sauna mudah alih pada November 2018.

"Perkongsian saya di Facebook ketika memuat naik entri mengenai suami yang nak kurus dan guna sauna mudah alih mencuri perhatian pengikut. Bermulalah pra tempahan hingga kami mengeluarkan jenama sendiri.

"Daripada lima unit sauna mudah alih sebulan terjual, kami akhirnya pernah mencapai jualan 5,000 unit. Agen juga bertambah dari lima hingga menjadi 18,000 di seluruh Malaysia." katanya.

Sauna mudah alih yang diiktiraf sebagai Asia Pacific TOP Excellence Brand 2021/2022 itu dijual pada harga RM399 seunit. Ketika ini juga kempen 'slim sebelum raya sedang rancak berjalan dengan ganjaran menarik menanti.

Maklumat lanjut boleh layari www.sumosauna.com atau ikuti Instagram @sumosaunahq.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 29 November 2021 @ 7:53 PM