(Dari kanan) Ketua Pegawai Operasi Yayasan Food Bank Malaysia, Johan Halid; Ketua Pemasaran Asia Tenggara, Xiaomi International, Jess Lee serta Pengurus Besar Asia Tenggara Xiaomi International, K.M. Leong. - FOTO Xiaomi
(Dari kanan) Ketua Pegawai Operasi Yayasan Food Bank Malaysia, Johan Halid; Ketua Pemasaran Asia Tenggara, Xiaomi International, Jess Lee serta Pengurus Besar Asia Tenggara Xiaomi International, K.M. Leong. - FOTO Xiaomi
Hanis Aliaa Hidzir

SEBAHAGIAN besar rakyat Malaysia kini menghadapi kesukaran meneruskan kelangsungan hidup apabila pendapatan mereka terjejas akibat pandemik Covid-19.

Memahami situasi ini, Xiaomi dengan kerjasama Yayasan Food Bank Malaysia tampil menyumbangkan keperluan makanan dan barangan keperluan asas bagi membantu meringankan beban mereka yang memerlukan.

Inisiatif Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) ini telah berjaya memanfaatkan 600 buah keluarga yang terdiri daripada golongan B40 di beberapa Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) di Johor, Kuala Lumpur, Perak, Selangor dan Terengganu.

Sepanjang kempen ini, Pengurus Besar Asia Tenggara Xiaomi International K.M. Leong serta Pengurus Besar Xiaomi Malaysia dan Singapore Nicholas Shi, bersama-sama kakitangan Xiaomi dan Xiaomi Fans bergandingan menyumbang masa dan tenaga menyediakan barang keperluan asas untuk diagihkan.

"Kami ingin memberikan serba sedikit bantuan hasil dari kejayaan kami kepada masyarakat, terutama kepada golongan yang memerlukan dan berharap sumbangan ini membantu meringankan beban mereka.

"Kami juga berharap dapat menyumbang lebih banyak dan berbuat lebih banyak untuk masyarakat setempat dan negara dalam masa terdekat," kata Shi.

Shi turut menzahirkan rasa terima kasih atas kerjasama baik yang diberikan pihak Yayasan Food Bank Malaysia sepanjang kempen ini diadakan dalam membantu komuniti yang memerlukan.

Ketua Pegawai Operasi, Yayasan Food Bank Malaysia Johan Halid, berkata inisiatif ini dapat mengurangkan pembaziran makanan dan meringankan beban kos kehidupan bagi golongan memerlukan di Malaysia.

"Xiaomi merupakan syarikat teknologi pengguna pertama yang bekerjasama dengan kami, dan kami amat bersyukur atas masa dan tenaga yang disumbangkan dalam mengagihkan sumbangan ini.

"Kami berharap dapat melihat lebih banyak pemimpin industri mengambil langkah proaktif seperti ini demi membantu golongan memerlukan."

Untuk maklumat lanjut layari laman rasmi Xiaomi Malaysia di Facebook atau Instagram.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 26 November 2021 @ 5:03 PM