Chester bersama produk keluaran HYPERACK - FOTO HYPERACK
Chester bersama produk keluaran HYPERACK - FOTO HYPERACK
Suliati Asri

PERNIAGAAN e-Dagang kini memberi banyak peluang kepada peniaga tempatan mempromosikan produk supaya berkembang luas di seluruh negara.

Justeru, syarikat menjual rak komersial terkemuka, HYPERACK yang juga penerima Anugerah Super Brands tidak terkecuali memanfaatkan perniagaan e-dagang ini dengan mempromosikan produk mereka di platform dalam talian.

Pengasas HYPERACK, Chester Chai berkata beliau yakin pasaran masa depan akan tertumpu kepada platform dalam talian dan semuanya hanya di hujung jari.

Justeru, menurutnya, pada akhir 2014, beliau mula mempelajari bagaimana memasarkan produk sedia ada dalam dikategorikan sebagai produk berat sekali gus melancarkan proses penjualan dalam talian.

"Pada 2015, HYPERACK secara rasmi menjual rak atas talian dan kami adalah syarikat pertama di Malaysia yang menggunakan platform dalam talian untuk menjual rak, ketika itu.

"Namun, kebanyakan penjual hanya menjual barangan ringan berbanding produk kami yang mencapai anggaran berat sekitar 40 hingga 50 kilogram (kg) sekali gus menyebabkan kami menghadapi cabaran besar dalam proses penghantaran kepada pelanggan.

"Kami juga tiada sumber rujukan jika menghadapi masalah dan perlu mencari jalan penyelesaian sendiri kerana hanya HYPERACK satu-satunya penjual kategori berat," katanya.

Antara masalah sering dihadapi ketika itu termasuklah senarai produk, foto produk, cara pembungkusan, penghantaran dan banyak lagi.

Di awal penjualan barangan secara dalam talian, Chester berkata pesanan yang diperoleh sangat rendah dan pihak kurier tidak dapat menyediakan perkhidmatan penghantaran.

"Jadi, pilihan yang kami ada ketika itu hanyalah dengan menggunakan kereta pacuan empat roda (4WD) untuk menghantar barang kepada pengguna termasuk perkhidmatan pemasangan yang dikendalikan oleh kami sendiri.

"Kami juga menyediakan teknik sendiri dalam mempercepatkan serta memudahkan cara pemasangan sekali gus memudahkan proses pemasangan rak oleh pengguna sendiri.," katanya.

Kini, perniagaan HYPERACK semakin berkembang di seluruh Semenanjung Malaysia. Bukan itu saja, walaupun berdepan dengan pelbagai kesukaran, HYPERACK terus menjadi pilihan ramai sekali gus menjadi 'top seller' dalam industri rak komersial.

Chester berkata, segala kepayahan yang ditempuhi nyata berbaloi apabila produk yang diasaskannya itu menerima Anugerah Super Brands.

"Dengan anugerah ini, HYPERACK akan terus berkembang dalam menghasilkan produk berkualiti tinggi dengan harga berpatutan.

"Kami mula menjual rak secara dalam talian sejak 2015 dan jumlah unit penjualan lebih dari 400.000 unit hanya untuk pasaran tempatan dalam talian. Sehingga hari ini, unit yang dijual masih meningkat.

"Untuk terus ke hadapan, kami memerlukan rantaian pembekalan yang kuat dan kreatif untuk bergabung dengan pasukan HYPERACK sesuai dengan pertumbuhan kami. Kami juga sangat berterima kasih di atas kepercayaan dan sokongan keluarga serta pasukan HYPERACK," katanya.

Sempena Kempen Shopee 11.11 akan datang, pelanggan setia HYPERACK boleh menebus baucar tunai bernilai RM5 dengan kod promosi "HYPEH20" untuk membeli produk HYPERACK sebagai penghargaan atas sokongan.

Tebus baucar anda menerusi pautan https://shopee.com.my/hyperack sekarang.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 24 Oktober 2021 @ 9:02 AM