Nur Hidayah dinobatkan sebagai juara Resipi Berani MAGGI pada Ogos lalu. - FOTO MAGGI
Nur Hidayah dinobatkan sebagai juara Resipi Berani MAGGI pada Ogos lalu. - FOTO MAGGI
Hafiz Ithnin

"Saya kini sampai tidak menang tangan!," ujar pemilik Hidayah Kitchen, Nur Hidayah Jeffri, 25, selepas dinobatkan sebagai juara dalam rancangan realiti televisyen, Resipi Berani MAGGI yang melabuhkan tirainya pada Ogos lalu.

Hasil kemenangan itu, dia meraih modal benih RM8,000 dan mendapat bimbingan peribadi selama lapan minggu bersama mentor dan usahawan berjaya, Anne Idris.

Nur Hidayah berkata, menerusi bimbingan Anne, dia mempelajari pelbagai ilmu perniagaan termasuk strategi pemasaran dalam talian yang dilihat memberi kesan besar kepada perniagaan diusahakan sejak 2019 dan memberi keyakinan diri yang baharu.

"Jujurnya, sebelum menyertai program ini saya tidak mempunyai ilmu menguruskan perniagaan dan berniaga mengikut mood.

"Apabila menyertai program ini, ia menjadi pembakar semangat memandangkan Anne adalah individu yang berpengalaman dan cukup tegas untuk melahirkan usahawan wanita," katanya yang menjual set makanan tengahari atau lunch box.

ImageNur Hidayah, Anne Idris dan pengacara, Nana Mahazan di dalam Resipi Berani MAGGI. - FOTO MAGGI

Katanya, Anne juga memberi penekanan mengenai pengurusan biaya dan aliran tunai yang tepat serta penjenamaan kerana pada mulanya, dia kurang mengambil peduli mengenai perkara itu.

"Selain itu, Anne turut berkongsi tip untuk memasarkan perniagaan secara digital seperti menggunakan media sosial.

"Contohnya, penggunaan Instagram yang memerlukan kreativiti merakam dan menulis keterangan gambar memandangkan ia mampu memainkan peranan besar untuk menarik pelanggan," katanya.

Tidak sekadar itu, Anne juga menitik beratkan Nur hidayah untuk melakukan pelbagai jenis hantaran (posting) untuk merangsang penjualan baharu.

Ternyata, Nur Hidayah yang memulakan perniagaan sebelum ini hanya mampu menjual purata 30 kotak sehari namun sejak menyertai program itu, angka 100 lunch box menjadi 'permainannya' setiap hari!

ImageMentor, Datin Paduka Eina Azman bersama Nur Hidayah. - FOTO MAGGI

Nur Hidayah berkata, Anne juga menekankan mengenai amalan bersedekah yang boleh menjadikan perniagaan lebih berkat.

Pada masa hadapan, Nur Hidayah merancang untuk memiliki dapur pusat baharu dan mempunyai pekerja sendiri bagi meluaskan lagi perniagaan.

"Ketika ini, saya hanya beroperasi di rumah sahaja dan dibantu ahli keluarga. Memandangkan aktiviti perniagaan semakin rancak selepas bergelar juara dan mengikuti bimbingan peribadi daripada Anne, strategi perniagaan yang dipelajari perlu dipraktikkan," katanya.

Orang ramai yang berminat menambah kemahiran keusahawanan boleh mendaftar sekarang secara percuma untuk sesi Bengkel Online Wanita Cukup Berani MAGGI yang bakal berlangsung pada 12 hingga 14 Oktober depan. Anda berpeluang untuk menyertai Masterclass: Cara Menjayakan Perniagaan Makanan.

Untuk maklumat lanjut, layari https://www.maggi.my/ms/aktiviti-maggi/maggi-cukup-rasa/.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 27 September 2021 @ 3:19 PM