MENIKMATI keindahan sawah padi di Bukit Mok Cun.
MENIKMATI keindahan sawah padi di Bukit Mok Cun.
Mohd Zaki Mohd Yakin


PADA 2020, tiada siapa jangka negara berdepan dengan pandemik Covid-19 sehingga semua pergerakan menjadi terhad dan perlu duduk di rumah dalam tempoh masa yang lama.

Bagi penulis yang amat meminati aktiviti melancong di dalam dan luar negara berasa sedikit ralat namun akur dengan arahan kerajaan untuk kebaikan semua.

Bagaimanapun sebelum dan selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), penulis sempat bercuti di beberapa tempat menarik di negara ini dengan pematuhan prosedur operasi standard yang ditetapkan.

TERUJA melawat tempat menarik di kampung sendiri.
TERUJA melawat tempat menarik di kampung sendiri.

Semporna, Sabah

Penulis ke kawasan sekitar kampung halaman sendiri iaitu Semporna yang sangat terkenal dengan gugusan pulau yang sangat cantik dan bertaraf antarabangsa termasuk Pulau Bohey Dulang, Pulau Sibuan, Pulau Mabul, Pulau Mantabuan, Pulau Tatagan, Pulau Sipadan, Pulau Kapalai, Pulau Mataking, Pulau Pom Pom, Pulau Timba Timba dan Pulau Timbun Mata.

Penggemar pulau dan aktiviti menyelam juga pasti tidak mahu melepaskan peluang untuk menikmati segala pemandangan yang mempesona sama ada dari airnya yang jernih atau pun pemandangan bawah laut yang penuh dengan hidupan dan batu karang yang cantik.

KEUNIKAN Sky Mirror di Kuala Selangor.
KEUNIKAN Sky Mirror di Kuala Selangor.

Lembah Klang dan Negeri Sembilan

Penulis ke Kuala Lumpur untuk melihat lebih banyak tempat menarik selain mengunjungi sebuah resort di Port Dickson, Negeri Sembilan iaitu Tasik Villa International Resort yang sesuai untuk aktiviti bersama keluarga dan rakan kerana banyak kemudahan seperti kolam renang, kayak, spa, basikal dan sebagainya.

Selain sempat ke satu tempat pelancongan yang terkenal di Kuala Selangor iaitu Sky Mirror. Lokasi ini sangat unik sebab kita akan berada di tengah-tengah laut seolah-olah seperti pulau timbul apabila air laut surut dan pulau itu dalam beberapa jam akan hilang apabila terjadinya air pasang.

Pada Julai 2020 ketika rentas negeri dibenarkan, penulis sekali lagi ke Kuala Lumpur untuk melawat destinasi unik termasuk Vertigo Bar Banyan Tree Kuala Lumpur, Saloma Link dan Taman Botani.

Sementara pada November dan Disember tahun lalu juga, penulis sempat pergi ke beberapa tempat di Selangor lagi yang pernah viral antara Elmina Valley Park dan Tamarind Square.

SEMPAT bercuti di Melaka sebelum PKP dilaksanakan.
SEMPAT bercuti di Melaka sebelum PKP dilaksanakan.

Melaka

Kunjungan ke Melaka pula bertujuan untuk melihat beberapa tempat menarik di sana antaranya ialah inap desa Masbro Village yang berbentuk segi tiga dan berwarna-warni yang sesuai untuk berkumpul dengan keluarga. Kemudahan kolam renang dan tempat barbeku juga disediakan.

Kedah, Perlis dan Pulau Pinang

Kali ini kunjungan penulis bersama seorang lagi rakan.

Di Kedah, penulis memgambil peluang mendaki Bukit Mok Cun di Kodiang untuk melihat keindahan sawah padi yang terbentang luas. Perlis pula antara tempat wajib mesti pergi ialah Gua Kelam, Tasik Timah Tasoh dan juga pemandangan Bukit Chabang.

Sementara di Pulau Pinang penulis sempat melawat ke dua tempat yang tular iaitu Frog Hill Tasik Gelugor dan juga Kampung Agong dan Street Art juga antara tempat wajib apabila datang ke sini.

POKOK kelapa unik di Marang, Terengganu.
POKOK kelapa unik di Marang, Terengganu.

Terengganu

Terengganu yang kaya dengan keindahan alam semula jadi. Penulis sempat ke satu tempat yang pernah viral di Instagram Apple iaitu pokok kelapa yang mempunyai bentuk unik di Marang, Terengganu.

Antara tempat lain yang penulis lawati adalah Pantai Pandak, Masjid Tengku Tengah Zaharah, Drawbridge Terengganu, Kampung Mangkuk, Masjid Lapan Kubah, Pantai Batu Burok dan Kampung Rusila.

AKTIVITI rekreasi di Air Terjun Sungai Pisang.
AKTIVITI rekreasi di Air Terjun Sungai Pisang.

Pahang

Di negeri ini, penulis banyak melakukan aktiviti rekreasi termasuk berkhemah di Air Terjun Sungai Pisang, Gombak dan ke Hutan Lipur Jerangkang dan Maran.

Perak

Penulis ke beberapa lokasi menarik di negeri ini termasuk ke jambatan kereta api yang tertua di Malaysia, Jambatan Victoria yang dibina pada Disember 1897.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 29 Julai 2021 @ 6:20 AM