BATUAN yang dipercayai berusia lebih 75 juta tahun.
BATUAN yang dipercayai berusia lebih 75 juta tahun.
Oleh Fairul Asmaini Mohd Pilus


BAGAIKAN keluarga ikan paus. Hin Sam Warn atau kini popular dengan nama 3 Whales Rock semakin menjadi tumpuan kerana keunikan formasi batuannya yang menyerupai kawanan ikan paus.

Lokasi 3 Whales Rock terletak di kawasan hutan Phu Sing, Wilayah Buengkan, di utara Thailand.

Ia dipercayai terbentuk sejak 75 juta tahun lalu itu berada di dalam kawasan hutan simpan kebangsaan Thailand yang merangkumi hutan hujan Kala, hutan Phu Sing dan hutan Pink Dong.

Batuan unik itu kini menjadi antara tarikan pelancong ke wilayah berkenaan.

Jika dilihat dari udara, batuan berkenaan tidak ubah seperti sekeluarga ikan paus dan pemandangan paling menarik boleh dilihat dari Phu Sing.

FORMASI batuan yang menyerupai sekawan ikan paus.
FORMASI batuan yang menyerupai sekawan ikan paus.

3 Whales Rock kini semakin popular dalam kalangan pelancong.
3 Whales Rock kini semakin popular dalam kalangan pelancong.

Saiz dan bentuk batuan itu memang menarik dan pemandangan paling menarik terletak puncak Phu Singha di Tambon Kok Kong, daerah Muang, kira-kira 30 minit dari bandar Buengkan.

Bagaimanapun, untuk ke sana, pelancong dinasihatkan supaya menggunakan trak pikap kerana laluannya agak mencabar jika berjalan kaki.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 4 Februari 2021 @ 6:51 AM