SAJIAN lambak dalam suasana kampung di D’Rimba Shellout.
SAJIAN lambak dalam suasana kampung di D’Rimba Shellout.
Nurul Husna Mahmud


PEMILIHAN destinasi makan bukan hanya melihat kepada rasa hidangan dan persembahan yang enak semata-mata, persekitaran lokasi dan keunikan dekorasi daya penarik.

Bagi pelancong 'foodies' (pemburu makanan), makanan 'hipster' satu ketika dahulu menjadi konsep kegilaan yang menarik golongan ini berkunjung ke lokasi makanan terbabit.

Kini peralihan dalam trend pemilik gerai apabila tampilkan idea unik dan autentik dalam membuka gerai atau restoran mereka. Meskipun ada ketikanya terletak di kawasan tersorok dikelilingi pemandangan luar biasa, ia menjadi 'umpan' kepada pengunjung yang mahu pengalaman berbeza ketika menikmati juadah.

Pada mereka menikmati makanan di persekitaran luar biasa adalah salah satu bentuk percutian unik dan boleh dijadikan kenangan bermakna boleh diingati bersama keluarga atau taulan.

Justeru beberapa lokasi menarik yang bukan sahaja boleh bersantai, tetapi menjadi pengalaman menarik di sekitar Selangor.

SUASANA dalam kebun tebu.
SUASANA dalam kebun tebu.

1. Laman Tebu Aidil Orked, Kuala Selangor, Selangor

Sajian ditampilkan berasaskan cita rasa tempatan seperti nasi lemak, laksa dan pisang goreng mungkin tidak berbeza dengan gerai sekitarnya, tetapi panorama di sekitarnya menjadikan ia tarikan penduduk setempat dan luar untuk menikmati sajian di situ.

Keunikan gerai makanan Laman Tebu Aidil Orked di Kuala Selangor itu disebabkan deretan tebu memayungi setiap meja makan membuatkan satu pengalaman baharu untuk dinikmati bersama keluarga.

Selain makan dengan pemandangan tebu dan tali air, pengunjung juga boleh layan detik menunggu makanan dengan merakam foto di deretan tebu yang ditanam pemilik gerai berkenaan.

 BANGUNAN kafe menggunakan bas lama.
BANGUNAN kafe menggunakan bas lama.

2. Kafe N16 di Sekinchan, Selangor

Dari pandangan jauh, lokasi ini orang akan menyangka ia adalah bengkel atau barang lusuh. Sedangkan ia lokasi kafe yang tampilkan hidangan cukup elegan seperti pasta dan 'chicken chop'.

Binaan kafe menampilkan bas lama era 90-an sebagai bangunan utama dan mengekalkan dekorasi vintaj dengan kerusi makan menggunakan tema menyerupai tempat duduk bas lama.

Lebih menarik bas ini seakan-akan 'terapung' kerana ia bersambung dengan bangunan kontena di bawah. Pemandangan di luar pula sebahagian pengunjung berpeluang menikmati pemandangan sawah yang menghijau.

3. D'Rimba Shellout, Tanjung Karang, Selangor

Dengar sajian 'shellout', mesti ramai sudah dapat menganggarkan jenis konsep disajikan di restoran ini. Peminat makanan laut boleh cuba hidangan 'lambak' seperti dalam restoran mewah dalam persekitaran kampung.

Menarik di lokasi ini apabila pengunjung menikmati sajian laut dalam suasana seperti dalam hutan dengan ruang makan diperbuat daripada buluh dan berbumbungkan rumbia. Suasana lebih meriah jika hadir bersama keluarga atau taulan untuk menikmati sajian laut berkenaan.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 21 January 2021 @ 6:12 AM