TUBING aktiviti menarik boleh dilakukan bersama keluarga.
TUBING aktiviti menarik boleh dilakukan bersama keluarga.
Nurul Husna Mahmud


PELUANG merentas negeri antara 'anugerah' cukup besar bagi warga Kuala Lumpur yang merancang menghabiskan musim cuti sekolah ke destinasi
luar daerah.

Sebelum ini perancangan mereka terhad disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang tidak membenarkan warga Kuala Lumpur keluar dari sempadan negeri masing-masing.

Namun, dalam musim cuti sekolah dan kes pandemik masih mencatatkan empat angka, sebaiknya rancang percutian lebih berhati-hati selain
tidak berkumpul di tempat tumpuan ramai orang.

Kawasan lebih privasi

pada penulis lebih sesuai dan ia bukan sahaja dapat menjamin ketenangan

buat seisi keluarga atau ahli rombongan yang menyertai percutian, tahap keselamatan juga lebih terjamin.

Antara destinasi menawarkan persekitaran sedemikian ialah rumah percutian keluarga atau Roomstay Aiman yang terletak di Kampung Sungai Bil, Slim River, Perak.

Menurut pengasasnya, Aizat Ikhwan Ruslan, 35, setakat ini hanya menawarkan tiga bilik penginapan kepada pengunjung.

MENYERONOKKAN apabila boleh lakukan aktiviti membakar ikan.
MENYERONOKKAN apabila boleh lakukan aktiviti membakar ikan.

Katanya, konsep inap desa itu lebih kepada percutian berkeluarga atau dalam suasana tenang kerana mahu pengunjung menikmati waktu santai dan berkualiti bersama keluarga masing-masing.

"Sejak inap desa itu siap dua tahun lalu, fokus asal untuk menyediakan ruang rehat untuk keluarga atau saudara mara yang jauh.

"Sebenarnya niat asal kami membina bilik penginapan ini untuk keluarga. Biasanya apabila mak cik atau pak cik kami berkunjung, mereka tiada tempat untuk 'melepak' atau 'bersidai.'

"Jadi, kami berpakat untuk bina bilik berasingan di belakang kediaman bagi keselesaan ahli keluarga berkumpul.

JERNIH air Sungai Bil yang mengalir.
JERNIH air Sungai Bil yang mengalir.

"Apabila ada ahli keluarga yang sudah datang, mereka pula berkongsi di Internet dan pernah viral di Facebook percutian seperti Perak Sana Sini dan Pakej Percutian pada tahun 2018, ramai pula yang hantar mesej bertanya untuk menginap," katanya yang memaklumkan jaraknya dari Kuala Lumpur hanya memerlukan 45 minit pemanduan iaitu sejauh 100 meter untuk sampai.

Tambah Aizat lagi, tarikan utama lokasi inap desa itu ialah jeram dengan air jernih selain suasana damai membuatkan ia sesuai untuk anda mereka yang mahukan ketenangan.

"Di sini tarikan utama ialah jeram sesuai untuk mandi-manda terutama buat kanak-kanak. Malah kami ada sediakan pelampung.

BILIK inap terletak di sebelah sungai.
BILIK inap terletak di sebelah sungai.

"Pada malam hari pula ada juga yang memancing selain melakukan aktiviti berbeku," katanya.

Aizat mengakui mengusahakan rumah inap itu untuk tabungan adik bongsunya yang juga golongan istimewa, Aiman Ariff, 23.

"Tidak bermotifkan keuntungan dan hanya mahu berkongsi keseronokan dengan orang luar. Kami juga mahu jalinkan hubungan persahabatan dan merapatkan hubungan keluarga yang lain dengan aktiviti rekreasi,"katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 24 Disember 2020 @ 7:00 AM