BANYAK maklumat menarik diperoleh.
BANYAK maklumat menarik diperoleh.
Muhamaad Razis Ismail


PANDEMIK Covid-19 mengakibatkan banyak sektor terjejas termasuk sektor pelancongan di negara ini.

Beberapa langkah diambil kerajaan untuk mencegah penularan pandemik ini termasuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Menerusi langkah ini, aktiviti rentas negeri hampir di seluruh negara terpaksa disekat untuk sementara waktu.

Situasi yang tidak boleh dielakkan ini, secara tidak langsung memberi kesan kepada aktiviti pelancongan yang hanya sempat kembali 'bernafas' selama beberapa bulan sebelum kembali terkesan akibat peningkatan kes Covid-19.

Susulan itu, beberapa pihak mengambil inisiatif kreatif dengan menyediakan perkhidmatan lawatan secara maya untuk memberi kemudahan sama ada secara percuma atau dikenakan sedikit bayaran.

Menerusi kemudahan Internet, anda boleh melawat beberapa lokasi menarik di negara ini dengan hanya berada di rumah menggunakan peranti telefon pintar dan komputer.

Dalam situasi kebiasaan baharu ini, melancong secara maya bukan sahaja lebih selamat malah lebih menjimatkan wang.

PAMERAN ‘Demi Tanah Air: 60 Tahun sebagai Bank Pusat’ Muzium dan Galeri Seni Bank Negara Malaysia secara maya
PAMERAN ‘Demi Tanah Air: 60 Tahun sebagai Bank Pusat’ Muzium dan Galeri Seni Bank Negara Malaysia secara maya

Terdapat beberapa lokasi anda boleh kunjungi sepanjang PKPB dengan hanya berada di rumah:

1) Muzium dan Galeri Seni Bank Negara Malaysia (BNM MAG)

Pengunjung berpeluang melawat tujuh galeri di sini iaitu Galeri Seni, Galeri Numismatik, Galeri Bank Negara Malaysia, Galeri Ekonomi, Galeri Kewangan & Perbankan Islam, Galeri Kanak-kanak dan Galeri Pameran Sementara.

Menerusi kaedah ini, anda berpeluang melawat di setiap galeri di sini yang menyediakan pelbagai informasi menarik

2) Muzium Maya Lembaga

Muzium Negeri Terengganu

Ini adalah Muzium Maya yang pertama di

Malaysia dan ketiga di dunia bagi membolehkan bahan sejarah serta artifaknya dilihat melalui capaian secara interaktif.

Terdapat lapan pilihan galeri yang boleh dilawati orang ramai termasuk Galeri Tekstil, Galeri D'Raja, Galeri Kraf dan sebagainya.

Sebanyak 33,000 bahan sejarah dan artifak boleh dilihat secara tiga dimensi (3D).

3) Kampung Morten,

Melaka

Ia adalah salah satu alternatif untuk merasai pengalaman melancong tanpa batasan dan masih boleh 'mengembara' dengan selesa dan selamat tanpa perlu meninggalkan rumah.

Antara produk yang ditawarkan adalah melawat Kampung Morten, Melaka secara langsung menerusi aplikasi Zoom dengan bayaran serendah RM40 selama satu jam.

MUZIUM Maya Lembaga Muzium Negeri Terengganu adalah muzium pertama di Malaysia memperkenalkan lawatan secara maya sejak beberapa tahun lalu.
MUZIUM Maya Lembaga Muzium Negeri Terengganu adalah muzium pertama di Malaysia memperkenalkan lawatan secara maya sejak beberapa tahun lalu.

Anda juga akan menerima penerangan selain†boleh berintreaksi dengan pemandu pelancong yang membawa anda berjalan di kawasan terbabit.

Di masa hadapan, pelbagai produk yang akan diperkenalkan untuk memberi lebih banyak pilihan kepada pengunjung di seluruh negara.

4) Min House Camp,

Kubang Kerian, Kelantan

Rasai pengalaman percutian dalam suasana kampung secar maya di Min House Camp di Kubang Kerian ini dengan menerusi aplikasi Zoom

Menerusi bayaran berpatutan peserta dibawa menonton sambil diberi penerangan secara langsung mengenai pelbagai aktiviti yang dijalankan di sini seperti mencari lokan, kunjungan ke galeri lebah kelulut dan pertunjukan wayang kulit

5) Wayang kulit secara maya

Sesi memberi peluang kepada anda untuk mengetahui banyak perkara mengenai wayang kulit termasuk karakter dan alatan muzik yang digunakan ketika persembahan.

Peserta juga berpeluang untuk belajar menghasilkan sendiri patung wayang kulit.

Ia dijalankan selama satu jam pada setiap Khamis, jam 7.30 malam menerusi aplikasi Zoom dengan bayaran sangat berpatutan.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 19 November 2020 @ 6:15 AM