PEMANDANGAN menarik di Kampung Mukut sentiasa dalam ingatan penulis.
PEMANDANGAN menarik di Kampung Mukut sentiasa dalam ingatan penulis.
Daraizati Debon


MELENGKAPKAN kunjungan ke semua jeti Pulau Tioman antara impian penulis.

Bagi penulis, setiap jeti atau kampung yang ada di pulau ini memiliki keunikan tersendiri.

Baru-baru ini ketika berada di pulau itu, bukan saja berpeluang ke jeti Kampung Tekek dan jeti Kampung Salang malah penulis turut ke Kampung Mukut.

Namun kampung itu agak asing bukan sahaja kepada pelancong asing malah kepada rakyat Malaysia sendiri.

Untuk sampai ke sana anda perlu menaiki feri ke jeti Kampung Genting sebelum menaiki bot ke jeti Kampung Mukut dengan sedikit bayaran tambang

Keunikan Kampung Mukut adalah Gunung Nenek Semukut atau Dragon Horn yang kelihatan 'berdiri tegak' selain cukup popular dalam kalangan pendaki tembok luar negara.

Kebiasaannya dikatakan dua jam mendaki sementara turun dari puncak pula hanya memakan masa kira-kira satu jam.

Tempat permulaan mendaki terletak berhampiran dengan Simukut Place Chalet yang juga 'penjaga' gunung itu. Bayaran RM50 (tanpa juru pandu) dan RM80 (dengan juru pandu).

Terdapat beberapa laluan pendakian memerlukan kita menggunakan kekuatan tangan untuk mendaki ke atas.

KEINDAHAN pemandangan pada waktu malam di Kampung Mukut
KEINDAHAN pemandangan pada waktu malam di Kampung Mukut

Penat sudah tentu tambahan pula sudah lama penulis meninggalkan aktiviti ini sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan tapi apabila sampai ke 'checkpoint' (titik semak) 8, kepenatan itu terubat apabila dihidangkan dengan pemandangan menakjubkan. Di sebelah kanan 'berdiri tegak' Dragon Horn yang menjadi bualan pendaki.

Bagi pendaki biasa, kami hanya dibenarkan singgah hingga ke 'checkpoint' 1 hingga 10 saja atas faktor keselamatan tapi sekiranya anda pendaki tembok, anda boleh meneruskan pendakian hingga ke puncak gunung.

Selain itu, sekiranya bernasib baik, anda akan dapat melihat bunga rafflesia berkembang mekar di Rafflesia Point. Malangnya ketika kunjungan saya, kami hanya dapat melihat putik

tumbuhan itu.

PEMANDANGAN sepanjang mendaki
PEMANDANGAN sepanjang mendaki

Selain itu, Kampung Mukut juga terkenal dengan Air Terjun Asah yang menjadi daya tarikan pelancong ke sini.

Untuk ke sini, anda boleh menunggang motosikal atau berjalan dari penginapan anda sama ada dari Japamala Reaort, Tunamaya Resort, Bestreat Resort, Minang Cove atau dari Kampung Mukut.

Penulis menyebut mengenai penginapan ini kerana ada jalan darat menuju ke air terjun itu. Anda juga boleh menyewa bot ke Air Terjun Asah.

Bagaimanapun, penulis bersama rakan menaiki bot yang sudah tersedia dalam pakej. Sebaik turun dari jeti Kampung Asah (kampung ini sudah tiada penduduk) anda perlu berjalan kira-kira 20 minit sebelum disajikan dengan air terjun yang mengasyikkan.

Sepanjang bercuti ke mana-mana pulau di negara ini, ini adalah kali pertama penulis menjumpai air terjun di dalam pulau sekali gus antara alasan kedua penulis memilih ke Kampung Mukut.

Alasan ketiga adalah keindahan Kampung Mukut tidak hanya terbatas dengan air laut saja kerana di belakang chalet kami terdapat sungai yang dinamakan Sungai Temu Jodoh.

Airnya mengalir jernih tanpa sebarang pencemaran. Penulis tidak melepaskan peluang untuk 'berkubang' kali kedua di sini.

KAMPUNG Semukut turut menjadi tumpuan kaki pancing
KAMPUNG Semukut turut menjadi tumpuan kaki pancing

Uniknya, air di sini tidak payau berbanding pulau-pulau lain. Jika tidak silap, sungai di Kampung Mukut ini membekalkan air untuk kegunaan di keseluruhan Pulau Tioman.

Biarpun terletak di selatan hujung Tioman, Kampung Mukut sememangnya terasing. Talian telefon hanya ada pada awal pagi dan tengah malam.

Walaupun begitu ia dilengkapi dengan kemudahan awam seperti sekolah, masjid, balai polis dan klinik. Bagi yang sukakan ketenangan di sini tempatnya.

Penulis sempat meluangkan masa berjalan ke hujung tanjung. Pantainya menarik ibarat pantai persendirian.

Tidak lengkap rasanya percutian jika ke pulau tidak melakukan aktiviti selam snorkel. Penulis dibawa ke beberapa lokasi selaman menarik termasuk di Pulau Rengis dan Taman Laut Tioman.

Biasanya pengunjung akan dibawa ke kawasan Kampung Salang namun di Pulau Renggis juga tidak kurang menariknya kerana terdapat puluhan sarang ikan 'nemo,' terumbu karang dan ikan gerong belang.

AKTIVITI selam snorkel di Pulau Rengis
AKTIVITI selam snorkel di Pulau Rengis

Tapi penulis lebih teruja di sini (Kampung Mukut) kerana ikan 'parrot,' ikan gerong belang, ikan todak dan sotong bermain-main di bawah jeti.

Bagi penulis, ini antara percutian paling manis kerana dapat menggabu

ngkan tiga elemen kesukaan dalam satu masa iaitu mendaki gunung, air terjun dan selam snorkel.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 24 September 2020 @ 7:00 AM