PAPAN tanda untuk rujukan orang awam.
PAPAN tanda untuk rujukan orang awam.
Nurul Husna Mahmud


KALENDAR September dipenuhi pelbagai cuti umum dan peristiwa.

Merancang percutian ke luar Lembah Klang setiap minggu pastinya menelan kos tinggi apatah lagi buat mereka sudah berkeluarga.

Apa kata kali ini, jimatkan ‘kocek’ anda dengan memilih jadual percutian yang lebih ringkas menerusi aktiviti berkelah ke destinasi air terjun popular di Hulu Langat Selangor, Selangor iaitu Sungai Congkak.

Sungai Congkak terletak di bawah jagaan Tourism Selangor ini juga dikenali sebagai Chongkak Park and Resort antara lokasi percutian sesuai buat mereka yang gemarkan suasana hijau sambil menikmati kesejukan air terjun jernih.

WAKAF disediakan untuk kemudahan pengunjung.
WAKAF disediakan untuk kemudahan pengunjung.

Selaku destinasi hutan rekreasi, semestinya aktiviti riadah sering dilakukan pengunjung termasuk berkelah, berkhemah, mandi-manda atau program korporat berorientasikan kegiatan luar.

Untuk sampai ke destinasi ini terdapat pelbagai pilihan laluan sama ada memilih tiga laluan iaitu Lebuhraya Hubungan Timur-Barat, laluan Bukit Ampang atau Jalan Hulu Langat.

Anggaran tempoh pemanduan menuju ke lokasi berkenaan sekitar 45 minit hingga sejam bergantung kepada trafik semasa dan sebaiknya perlu ke luar awal pagi bagi memastikan kelancaran perjalanan.

Namun pastinya anda tidak bosan kerana perjalanan menuju ke lokasi menempuh laluan kampung yang kiri dan kanannya terdapat pelbagai jenis jualan makanan mahupun buah-buahan sesuai sebagai bekalan untuk ke situ.

SESUAI untuk dikunjungi bersama keluarga.
SESUAI untuk dikunjungi bersama keluarga.

Anda yang mencari pelbagai barangan atau persiapan untuk berkelah mahupun mandi, terdapat gerai milik penduduk tempatan yang menyediakan produk terbabit di pintu masuk Sungai Congkak.

Pengunjung juga perlu ketahui terdapat kadar bayaran untuk masuk iaitu serendah RM1 bagi orang dewasa dan percuma bagi kanak-kanak berusia bawah 12 tahun.

Taman hutan rekreasi ini memiliki enam zon boleh diakses pengunjung dan airnya tidaklah terlalu dalam dan deras sesuai dengan ‘spot’ percutian mesra keluarga.

Tidak lupa terdapat kemudahan lain yang menjadikan lokasi ini popular antaranya kemudahan tandas dan surau selain wakaf atau pondok untuk berteduh.

Paling gembira adanya kemudahan taman permainan untuk kanak-kanak beriadah sambil menikmati suasana hijau semula jadi.

SESUAI untuk kanak-kanak kerana airnya tidak dalam.
SESUAI untuk kanak-kanak kerana airnya tidak dalam.

Kemudahan lain bagi mereka bercadang untuk bermalam, terdapat 14 chalet disediakan mengikut keperluan pengunjung. Mahukan pengalaman berbeza dan dekat dengan alam, rasanya boleh memilih menyewa tapak khemah disediakan pada kadar serendah RM10 semalam dan selain perkhidmatan menyewa khemah.

Bagi pengunjung merancang untuk program hari keluarga, motivasi atau acara rekreasi membabitkan kumpulan lebih besar, terdapat ruang iaitu astaka

atau bilik seminar boleh disewa.

Berhampiran dengan lokasi ini, pengunjung boleh mengunjungi beberapa tarikan lain termasuk Bukit Chenuang atau trek ke Air Terjun Ulu Perdik.

BOLEH adakan barbeku.
BOLEH adakan barbeku.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 6 September 2019 @ 9:07 AM