SEBAHAGIAN peserta Pahang Eco dan Heritage Exploration diberi taklimat oleh Pegawai Perhutanan di Taman Rimba Kenong. FOTO/LUQMAN HAKIM ZUBIR
SEBAHAGIAN peserta Pahang Eco dan Heritage Exploration diberi taklimat oleh Pegawai Perhutanan di Taman Rimba Kenong. FOTO/LUQMAN HAKIM ZUBIR
LALUAN masuk salah satu gua di Taman Rimba Kenong. FOTO/LUQMAN HAKIM ZUBIR
LALUAN masuk salah satu gua di Taman Rimba Kenong. FOTO/LUQMAN HAKIM ZUBIR
KEMUDAHAN chalet yang terdapat di Taman Rimba Kenong. FOTO/LUQMAN HAKIM ZUBIR
KEMUDAHAN chalet yang terdapat di Taman Rimba Kenong. FOTO/LUQMAN HAKIM ZUBIR
SEBAHAGIAN peserta Pahang Eco dan Heritage Exploration melakukan aktiviti Night Walk di Taman Rimba Kenong. FOTO/LUQMAN HAKIM ZUBIR
SEBAHAGIAN peserta Pahang Eco dan Heritage Exploration melakukan aktiviti Night Walk di Taman Rimba Kenong. FOTO/LUQMAN HAKIM ZUBIR
Hafiz Ithnin


NAMANYA mungkin tidak popular seperti Taman Negara Kuala Tahan, Pahang. Namun, Taman Rimba Kenong menjanjikan pengalaman bermakna kepada pelancong yang ingin menikmati keunikan flora dan fauna di hutan hujan tropika yang masih jarang diteroka itu.

Mempunyai keluasan 128 kilometer persegi, Taman Rimba Kenong, 32 kilometer (km) dari pekan Kuala Lipis dan 302km dari Kuantan dengan menyusuri Lebuhraya Pantai Timur (LPT), cukup menarik kerana dilatari keindahan semula jadi Hutan Dipeterokarp Bukit. Hutan Dipterokarp Bukit ialah kawasan hutan yang terdapat di ketinggian antara 300 hingga 750 meter dari paras laut dan berada dalam kelas hutan terluas di Semenanjung Malaysia.

KEMUDAHAN chalet yang terdapat di Taman Rimba Kenong. FOTO/LUQMAN HAKIM ZUBIR
KEMUDAHAN chalet yang terdapat di Taman Rimba Kenong. FOTO/LUQMAN HAKIM ZUBIR

Dibuka pada 1982 dan dikawal selia oleh Jabatan Perhutanan Daerah Lipis, Taman Rimba Kenong mula menjadi bualan orang ramai dan berpotensi menjadi destinasi pelancongan baru Pahang.

Menurut cerita penduduk tempatan, kawasan itu menjadi lokasi persinggahan pahlawan Melayu, Mat Kilau dalam perjalanan dari Kuala Lipis dan Raub. Kawasan berkenaan mempunyai rangkaian gua yang sesuai untuk berlindung daripada cuaca buruk dan serangan musuh.

Untuk ke Taman Rimba Kenong, pengunjung boleh menaiki kenderaan pacuan empat roda selama sejam atau menaiki bot selama 15 minit menyusuri sungai sepanjang 10 kilometer.

LALUAN masuk salah satu gua di Taman Rimba Kenong. FOTO/LUQMAN HAKIM ZUBIR
LALUAN masuk salah satu gua di Taman Rimba Kenong. FOTO/LUQMAN HAKIM ZUBIR

Di sini, pengunjung dapat melihat dengan jelas dan terperinci pelbagai flora serta fauna yang menghuni hutan itu yang dipercayai berusia lebih 130 juta tahun dan keindahan rupa bentuk gua berusia 200 juta tahun.

Pengalaman bermakna itu bukan saja menggamit pelancong tempatan malah antarabangsa termasuk dari Eropah, Korea Selatan, Jepun, Amerika Syarikat dan Singapura.

Tidak ketinggalan, taman rimba itu juga sering menjadi lokasi kajian penyelidikan pelajar universiti tempatan dan luar negara seperti Korea Selatan yang mahu membongkar spesies tumbuhan dan struktur batu-batan.

SEBAHAGIAN peserta Pahang Eco dan Heritage Exploration diberi taklimat oleh Pegawai Perhutanan di Taman Rimba Kenong. FOTO/LUQMAN HAKIM ZUBIR
SEBAHAGIAN peserta Pahang Eco dan Heritage Exploration diberi taklimat oleh Pegawai Perhutanan di Taman Rimba Kenong. FOTO/LUQMAN HAKIM ZUBIR

Lokasi itu sering menjadi tumpuan kerana keaslian alam belum tercemar dan diterokai selain landskap semula jadi unik ditambah keindahan gua batu kapur yang pasti membuat pelancong terpesona.

Antara gua batu kapur yang boleh ditemui di sini ialah Gua Batu Tinggi, Gua Batu Tangkup, Gua Batu Telahup, Gua Kesong, Gua Buta, Gua Harimau dan Gua Hijau.

Di Gua Harimau, pengunjung pasti terpegun melihat keindahan semula jadi stalaktit dan stalagmit yang unik dan berbentuk seakan mulut harimau di pintu masuk gua berkenaan.

Difahamkan, nama Gua Buta pula turut dikaitkan dengan keadaan dalamnya yang gelap dan pengunjung perlu membawa lampu suluh untuk melihat keadaan dalam gua itu.

Namun, pengunjung pastinya terpesona dengan keindahan corak struktur dinding gua hasil dari proses pergerakan bumi.

Pada sebelah malam, pengunjung disajikan dengan bunyi serangga selain dapat melihat cendawan bercahaya. Jika bernasib baik, pengunjung di Taman Rimba Kenong boleh menemui binatang liar seperti gajah, kancil dan rusa yang berkeliaran mencari makanan.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 23 Oktober 2018 @ 7:09 AM