Cliff (kiri) ketika membuat persembahan bersama Aqeesh dalam program Terpaling Juara, hari ini.
Cliff (kiri) ketika membuat persembahan bersama Aqeesh dalam program Terpaling Juara, hari ini.

Kuala Lumpur: Penyanyi, Cliff Umar 'lari' selepas membuat persembahan bersama peserta program Terpaling Juara, Aqeesh menerusi lagu Kisah Cinta Kita di TV3, hari ini.

Pihak produksi memaklumkan, Cliff tidak mahu ditemubual media dan mahu segera pulang selepas persembahan itu. 

Semalam, Harian Metro cuba menghubungi Cliff bagi mengulas dakwaan bekas isterinya bahawa dia mengabaikan tanggungjawab nafkah anak-anak selama lebih 10 tahun.

Pengurusnya, Anita memaklumkan kepada Harian Metro bahawa Cliff enggan memberi sebarang komen.

"Cliff enggan beri sebarang kenyataan kerana hal ini terlalu peribadi. Lebih baik untuk dia tidak cakap apa-apa. Lagipun cerita ini pun setiap tahun ada. Jadi, kami tak mahu keruhkan lagi keadaan," katanya kepada Harian Metro.

Terdahulu, tular video di TikTok apabila seorang wanita mendakwa bekas isteri Cliff mendedahkan bahawa penyanyi itu mengabaikan nafkah anak-anaknya.

Ninie atau nama sebenarnya Zurini Hasbullah terpaksa merayu kepada penyanyi itu untuk bertanggungjawab atas anak-anaknya dari segi perbelanjaan.

Dia turut membuat perkongsian terpaksa meminta pertolongan sehingga mendapatkan rumah, malah Cliff tidak mengendahkan anak-anaknya ketika sedang sakit.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 25 September 2022 @ 10:40 PM