Noki K-Clique
Noki K-Clique
Syafil Syazwan Jefri

 

Kuala Lumpur: "Kalau besar sangat, tak sesuai untuk TV," kata penyanyi yang kini pelakon, Noki K-Clique mengenai perubahan bentuk badannya yang kelihatan semakin susut.

Noki atau nama sebenarnya Ahmad Ikhwan Aji berkata, dia menurunkan berat badannya sehingga hampir tujuh kilogram (kg) untuk menyesuaikan dengan tawaran watak untuk filem pertama lakonannya, War On Terror.

"Tahun lalu, ketika baru sahaja 'siapkan' badan, berat saya antara 89 hingga 90kg. Kemudian, saya turunkan kerana mengikut saranan beberapa kenalan yang mengatakan bahawa saiz badan yang sebesar itu kurang sesuai untuk kemunculan di kaca TV.

"Saya dah turunkan dan saiz saya kemudiannya lebih kecil. Kemudian, apabila ditawarkan watak dalam filem ini, pengarah minta saya naikkan sedikit dan sekarang berat saya 83kg," katanya kepada Harian Metro.

Noki baru selesai menjalani latihan untuk membawakan watak pegawai polis bernama Zack.

"Sesi latihannya selama empat hari memang mencabar buat saya kerana latihannya agak berat. Antaranya, kami dilatih untuk memegang senjata dan sebagainya," katanya.

Selain Noki, filem arahan Kroll Azry itu turut menampilkan lakonan Aedy Ashraf, Farali Khan, Qi Razali dan ramai lagi.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 28 Mei 2022 @ 11:41 AM