PARK Min Young - FOTO Google
PARK Min Young - FOTO Google
HM Digital

SEBAGAI pelakon berpengalaman luas, Park Min Young tidak ambil remeh wataknya dalam siri terbaharu berjudul Forecasting Love and Weather. Bukan cerita 'klise', ia berkisar kehidupan pekerja bidang meteorologi.

Menurut pelakon itu, cabaran untuk menjayakan siri terbabit jelas satu perkara baharu untuknya. Bahkan, ada rakan pelakon mengakui cerita berkisar perubatan jauh lebih mudah.

Disebabkan itu juga, Park Min Young melakukan pelbagai kajian demi memastikan dia berjaya selami karakternya sebagai Jin Ha Kyung. Akuinya, bukan mudah mengumpul maklumat untuk watak itu.

"Projek ini agak asing dan segar untuk saya kerana pertama kali jadikan Pengurusan Meteorologi Korea sebagai latar belakang. Bidang itu agak terpencil dan memang susah nak dapatkan maklumat terperinci.

"Saya berlatih cuma dengan membaca novel, tonton video, serta mengkaji dokumentari. Awalnya, memang sukar sangat nak ingat setiap istilah yang digunakan dalam bidang itu," jelasnya.

Selain kajian berbentuk ilmiah, dia turut mencari maklumat bagaimana corak pemakaian wataknya itu dalam kehidupan sebenar. Dia berharap drama itu berjaya meninggalkan impak tersendiri.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 27 January 2022 @ 6:40 AM