Nick Jonas dan isterinya, Priyanka Chopra.
Nick Jonas dan isterinya, Priyanka Chopra.
Agensi

Los Angeles: Pasangan selebriti Priyanka Chopra dan Nick Jonas mengumumkan kelahiran anak pertama mereka dengan menggunakan kaedah ibu tumpang.

Khabar gembira itu dikongsikan Priyanka dan Jonas menerusi perkongsian terbaharu di Instagram masing-masing.

"Kami sangat gembira untuk memaklumkan sudah memiliki bayi sulung melalui ibu tumpang. Kami memohon privasi pada waktu ini untuk memberi fokus kepada keluarga. Terima kasih," tulis Priyanka.

Difahamkan, ibu tumpang terbabit melahirkan bayi berkenaan di usia kandungan 27 minggu di Hospital Southern California, Amerika Syarikat.

Ruang komen di perkongsian mereka dipenuhi dengan ucapan tahniah daripada peminat dan rakan selebriti.

Piyanka dan Jonas berkahwin di India pada Disember 2018 dalam acara dua hari yang menyaksikan upacara mengikut agama Kristian dan Hindu.

Pasangan itu kini menetap di Los Angeles bersama tiga anjing mereka Diana, Gina dan Panda.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 22 January 2022 @ 12:14 PM