BIARPUN sudah berpisah pasangan ini tetap mengekalkan hubungan yang baik.
BIARPUN sudah berpisah pasangan ini tetap mengekalkan hubungan yang baik.
Susunan Najiy Jefri

BERITA perpisahan bintang filem Aquaman, Jason Momoa dan isterinya, Lisa Bonet bukan lagi satu rahsia.

Siapa sangka, mahligai perkahwinan yang dibina sejak 16 tahun lalu akhirnya musnah dan kini terpaksa membawa haluan masing-masing.

Walaupun sudah berpisah, Momoa dan Bonet bersepakat untuk memastikan hubungan mereka kekal baik.

Menurut sumber, bintang berusia 42 tahun itu masih menyimpan sejuta rasa cinta dan sayang terhadap rumah tangga yang dibina sehingga dikurniakan dua cahaya mata, Lola, 14, dan Nakoa-Wolf, 13.

"Mereka mahu mencuba sesuatu yang baharu. Momoa dan Bonet masih ambil peduli antara satu sama lain, tetapi mereka sudah membuat haluan masing-masing beberapa bulan kebelakangan ini," katanya.

Menurut sumber kepada portal People, mereka sememangnya dikenali sebagai pasangan terbaik, namun banyak hal yang berubah menyebabkan mereka membawa haluan masing-masing.

MOMOA enggan bermusuh dengan bekas isteri.
MOMOA enggan bermusuh dengan bekas isteri.

"Mereka adalah pasangan yang sangat romantik dan saling hormat antara satu sama lain. Namun, manusia berubah dan fokus sudah berbeza menyebabkan mereka membawa haluan masing-masing.

"Walaupun mereka sudah matang dalam melayari asam garam rumah tangga, tetapi banyak hal yang berlaku menyebabkan hubungan mereka gagal dipertahankan," katanya.

Terdahulu Momoa mendedahkan berita perceraian mereka dan akan meneruskan kehidupan seperti biasa walaupun dia dan Bonet bukan lagi pasangan suami isteri.

"Kami kongsikan perkara ini kerana kami rasa ia ada nilai berita. Bagaimanapun, kami akan teruskan kehidupan kami dengan bermaruah serta jujur.

"Rasa cinta antara kami sekeluarga masih berterusan, cuma ia berkembang dengan cara lain dan akan terus hidup. Kami bebaskan satu sama lain untuk menjadi diri sendiri," katanya.

Momoa dan Bonet berkahwin pada 2017 dan bersama selama 16 tahun sebelum mengambil keputusan untuk bercerai.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 21 January 2022 @ 6:25 AM