Janna Nick.
Janna Nick.
Zaara Talita

Kuala Lumpur: Pelakon popular, Janna Nick enggan melayan gosip netizen yang mendakwanya tinggal sebilik bersama kekasih, Dinie Schatzman ketika bercuti, baru-baru ini.

Janna, 27, berkata, dia kini menitik beratkan kesihatan mentalnya dan memilih untuk tidak melayan 'kreativiti' netizen.

"Saya ada melihat dan ternampak komen netizen, namun memilih untuk mengutamakan kesihatan mental saya. Oleh itu, saya tidak melayan komen-komen begitu. Cukuplah mereka yang perlu tahu kebenaran. "Percutian ke United Kingdom turut disertakan dengan kerja serta penggambaran. Bukan kami berdua saja, malah ada adik-beradik, pelakon lain dan keluarga.

"Jadi, dari situ sudah boleh tahu sama ada kami tidur sebilik atau tidak. Takkan ada keluarga dan ramai orang saya hendak membuat begitu pula," katanya.

Janna mengulas mengenai isu berkenaan ketika ditemui di majlis sambutan ulang tahun ketiga produk White Fluffy yang diasaskan olehnya di The Linc, di sini, malam tadi.

Terdahulu, netizen menimbulkan spekulasi mendakwa Janna dan kekasihnya itu tidur sebilik kerana memuat naik gambar berdua ketika bercuti di luar negara.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 19 January 2022 @ 10:58 PM