Ammar.
Ammar.
Zaara Talita

 

Kuala Lumpur: "Selepas selesai penggambaran sebuah drama bersiri, apabila melihat cermin saya terasa seperti 'lembu' kerana hendak mengikat tali kasut pun perut tersangkut."

Demikian kata pelakon dan pengacara, Azizul Ammar Abu Hassan atau Ammar yang bertitik tolak untuk menjalani gaya hidup sihat dan aktif bersenam di gimnasium.

Biarpun sibuk dengan jadual penggambaran, Ammar tetap mencuri masa bagi memastikan rutin senaman selama dua jam empat kali seminggu dilakukan dengan penuh disiplin.

"Saya mula secara serius pada November tahun lalu yang mana saya ingin fokus bagi mendapatkan badan cantik. Terdetik dalam hati, dalam seumur hidup bila hendak mendapatkan badan yang cantik? Namun perkara begini memerlukan komitmen dan disiplin yang tinggi. Apatah lagi apabila sibuk bekerja.

"Pemakanan kadang saya jaga namun adakalanya terbabas juga. Bukan apa, apabila berada di lokasi penggambaran semestinya kita makan apa yang telah disediakan.

"Cuma perlu pandai sehari mengira kalori dan membuat kiraan. Takkan hendak minta ayam atau ikan bakar pula. Apa yang ada kita makan saja, dalam masa yang sama kena curi masa untuk bakar kalori," katanya kepada Harian Metro.

Jelasnya lagi, fokus utama adalah untuk mendapatkan badan yang sihat sejajar dengan peningkatan usia. 

Pelakon yang dicungkil bakat menerusi program realiti Bintang Mencari Bintang (BMB) ini turut berharap perkongsiannya dapat memberikan aura positif kepada orang ramai.

"Selepas membuat badan di gimnasium, berat saya kini mencecah 78 kilogram yang mana pada awalnya hanya 68 kilogram. Biarpun bertambah angka, namun itu adalah otak hasil daripada senaman," katanya.

 

 

#kw AmmarTitans, BintangMencariBintang, gimnasium, binabadan

#loc KualaLumpur

 

 

END

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 18 January 2022 @ 11:22 AM