JAZMY bersama ibunya ketika mununaikan umrah.
JAZMY bersama ibunya ketika mununaikan umrah.
Najiy Jefri


Kuala Lumpur: Pelakon Jazmy Juma disahkan positif Covid-19, hari ini selepas pulang ke tanah air dari mengerjakan ibadah umrah di Tanah Suci pada Khamis lalu.

Jazmy berkata, selain dia, kakaknya, Juezz Khan (anak ketujuh) turut disahkan positif virus itu dan kini sedang menjalani kuarantin di rumah.

"Saya ke Makkah bersama kedua ibu bapa serta tiga lagi kakak. Alhamdulillah sepanjang berada di sana, segala urusan berjalan lancar dan dipermudahkan.

"Malah saya lihat semua orang di sana sangat tenang dan fokus dengan ibadah meskipun sedar kes Covid-19 masih tinggi selain kemunculan varian Omicron.

"Bagaimanapun sebaik tiba dari Tanah Suci pada 13 Januari lalu, kami satu keluarga menjalani ujian saringan reaksi rantai polimerase (PCR) di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Hari ini saya dihubungi oleh pihak bertanggungjawab yang memaklumkan saya dan kakak nombor tujuh disahkan positif Covid-19," katanya.

Menurut Jazmy, sebelum menanti keputusan ujian saringan itu dia sudah mengalami beberapa gejala.

"Saya sudah tidak sedap hati apabila dua hari lalu saya mengalami demam, selesama, sakit tekak dan cirit-birit sehinggalah keputusan hari ini memaklumkan saya positif virus terbabit.

"Setakat ini saya dan kakak berada dalam keadaan yang baik. Saya pun tak tahu bagaimana saya dan kakak saja boleh dijangkiti wabak terbabit. Tapi mungkin disebabkan kami berdua selalu keluar berjalan dan menziarahi beberapa tempat menyebabkan kami dijangkiti virus ini.

"Doakan semoga kami segera sembuh dan kuat menjalani proses kuarantin ini. Harapnya tiada gejala buruk yang berlaku," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 16 January 2022 @ 6:51 PM