YONNYBOII dan isteri, Nik Nazira.
YONNYBOII dan isteri, Nik Nazira.
Najiy Jefri

 

Kuala Lumpur: Penyanyi Yonnyboii, 23, tidak menolak sekiranya dikurniakan zuriat lebih awal menerusi perkahwinannya bersama isteri, Nik Nazira Narriman, 22, pada usia muda. 

Yonnyboii atau nama sebenarnya Muhammad Haqeem Nuriman Nor Azrin berkata, dia dan isterinya bersikap terbuka dan menyerahkan perkara itu kepada ketentuan Allah. 

"Keluarga saya sudah mengingkatkan kalau ada yang bertanya mengenai perkara ini, jangan sesekali cakap tidak mahu lagi, sebab kita tidak tahu rezeki yang sudah tertulis. Takut nanti jadi satu doa. 

"Saya pun masih lagi belajar dan sesuaikan diri menjadi suami. Saya juga tidak tahu bila waktu sudah bersedia bergelar bapa sebab saya percaya bila ada zuriat nanti baharulah saya tahu keadaan sebenar. 

"Cuma kami merancang untuk timang zuriat dalam tempoh dua atau tiga tahun lagi. Namun kalau rezeki datang awal, kami bersyukur. Tapi, buat masa ini saya memang nak fokus kepada kerjaya dulu," katanya. 

Dalam masa sama, Nazira mengakui sudah bersedia untuk memegang gelaran ibu seandainya rezeki menimang cahaya mata untuk dia dan suami, tiba awal. 

"Insya-Allah, saya menerima baik setiap yang berlaku. Saya tak berani nak cakap memang dah bersedia memegang gelaran itu sebab zuriat adalah satu tanggungjawab yang besar. 

"Bukan mudah nak membesarkan anak tapi kalau sudah tertulis, saya dan Yonny perlu sama-sama belajar," katanya. 

Pasangan ini berkahwin di Duchess Place, Ampang pada 20 November lalu, sehari selepas penyanyi Haqiem Rusli naik pelamin.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 15 Disember 2021 @ 2:24 PM