Rebel Wilson.
Rebel Wilson.
Agensi

Los Angeles: Penampilan pelakon Rebel Wilson, 41, nampaknya semakin mengancam selepas berjaya menurunkan berat badannya sebanyak 35 kilogram dengan gaya hidup sihat.

Berkongsi gambar terbaharunya bercuti di Fiji, Rebel turut diusik peminat menerusi komen yang mengatakan penampilannya persis seperti Gadis Bond.

Yang pasti, pelakon Pitch Perfect itu tampak lebih yakin dan bersinar dengan setiap inci imejnya sekarang. Menurutnya, dia gembira memilih jalan itu meskipun kecantikan adalah subjektif.

"Ia bukan semestinya kena capai saiz badan dan berat tertentu atau alasan lain. Sebaliknya bagaimana kita menyayangi diri sendiri dan berseronok dengan perjalanan yang kita pilih.

"Bagi saya, kecantikan wanita terletak pada cara mereka kuasai diri dengan cara tersendiri," katanya.

Sejak beratnya turun, Rebel kerap memuat naik penampilannya berbaju renang. Usaha ditunjukkannya nyata berjaya menjadi inspirasi ramai wanita di luar sana. 

Tahun lalu, dia juga mengisytiharkan 2020 adalah tahun paling sihatnya. Bagaimanapun, dia menegaskan fokus utama adalah memperbaiki diri serta gaya hidup dan bukan sekadar ingin tampil menarik.

 

 

 

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 6 Disember 2021 @ 11:20 AM