TAEYANG dan isteri, Min Hyo-rin.
TAEYANG dan isteri, Min Hyo-rin.
Agensi

Seoul: Penyanyi Taeyang, 33, menimang cahaya mata sulung iaitu seorang bayi lelaki selepas isterinya Min Hyo-rin, 35, selamat bersalin, baru-baru ini.

Khabar gembira itu dilaporkan akhbar Hankook Ilbo sebelum disahkan agensinya YG Entertainment, hari ini.

"Isteri Taeyang, Min Hyo-rin baharu melahirkan bayi lelaki yang berada dalam keadaan sihat," kata agensi terbabit.

Pasangan terbabit diumumkan bakal bergelar ibu bapa pada September lalu. Jelas keduanya begitu teruja melangkah ke fasa baharu dalam perkahwinan mereka.

Taeyang dan Min Hyo-rin pertama kali berjumpa pada 2014. Mereka berkenalan di set penggambaran muzik video penyanyi juga anggota BIGBANG berkenaan.

Jodoh mereka jelas begitu kuat dan akhirnya memilih untuk berkahwin pada Februari 2018.

Sejurus itu, Taeyang kelihatan memperlahankan kariernya baik solo mahupun berkumpulan.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 6 Disember 2021 @ 11:08 AM