PENGUMUMAN ketiga untuk  10 lagi lagu layak berentap di SFMM36.
PENGUMUMAN ketiga untuk 10 lagi lagu layak berentap di SFMM36.
Najiy Jefri

 

Kuala Lumpur: Jawapan 30 lagu yang berjaya mara ke peringkat Separuh Akhir Muzik Muzik 36 (SFMM36) kini sudah terjawab dan diketahui sepenuhnya. 

Menerusi pengumuman pada minggu ketiga yang berlangsung hari ini, 10 lagu terakhir diumumkan sekali gus melengkapkan edisi SFMM36 yang bakal berlangsung pada 31 Disember dan 1 Januari depan. 

Antara lagu yang berjaya adalah Adlina Marie (Haqiem Rusli), Nafas Cinta (Khai Bahar & Aina Abdul), Teman (Iman Troye), Neraca (Kmy Kmo, Luca Sickta, & Datuk Jamal Abdillah) dan Intan Payung (Noraniza Idris & Bunga).

Tidak ketinggalan lagu Boneka nyanyian Ernie Zakri bersama dengan lagu Angkara (Siti Nordiana), Bagaimana (Muna Shahirah & Zack Zakwan), Lara (Hael Husaini, Haqiem Rusli & Naim Daniel) serta Lautan Asmara (Masdo). 

Sebelum ini, pada pengumuman minggu kedua menyaksikan lagu Tanpa Rela (Misha) bersama-sama dengan Cinta Khayalan (Wany Hasrita), Tetap Aku Cinta (Ara Johari), AEWO (Shiha Zikir dan Noki), dan Pelukan Angkasa (Sekumpulan Orang Gila), Goodbye Hello (Syamel dan Ernie Zakri), Durja (Khai Bahar), Sepi (Aina Abdul), Cinta (Marsha Londoh) serta Karma (Kaka Azraff dan Jaz Hayat) turut berjaya menempah tiket ke SFMM36.

Selain itu, turut mara pada SFMM36 nanti adalah lagu Coretan Pilu nyanyian Datuk Awie, Bujang (Hael Husaini), Mimpi (Haqiem Rusli), Purnama (Naim Daniel), Cinta Jangan Pergi (Azzam Sham), Chikadun (Floor 88), Lenyap (Usop), Penat (Andi Bernadee), Rindu Separuh Nyawa (Naqiu & Vanessa) dan Salahku (Yonnyboii). 

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 5 Disember 2021 @ 1:24 PM