YONNYBOI selamat diijabkabulkan dengan wanita pilihannya, Nik Nazira Narriman.
YONNYBOI selamat diijabkabulkan dengan wanita pilihannya, Nik Nazira Narriman.
Zaara Talita


Kuala Lumpur : Penyanyi, Yonnyboii mengesahkan selamat bernikah dengan wanita pilihannya Nik Nazira Narriman, 22, di Duchess Place, Ampang, di sini pada 20 November lalu.

Yonnyboii ketika dihubungi berkata, majlis pernikahan yang dirancang pada tahun hadapan itu dipercepatkan atas permintaan keluarga kerana bimbang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan semula.

"Saya menikah sehari selepas Haqiem Rusli yang mana keluarga meminta kami mempercepatkan majlis. Majlis ringkas saja bersaksikan 20 orang ahli keluarga terdekat daripada kedua-dua belah pihak. Tiada niat hendak merahsiakan pernikahan, cuma kami hanya ingin menjaga hati keluarga yang mana jumlah tetamu terpaksa dihadkan. Oleh itu, kami memilih untuk tidak terlalu menghebahkannya.

"Alhamdulillah, semua urusan untuk menikah dipermudahkan dan selesai dalam tempoh sehari saja. Malah, baju nikah kami berdua berjaya disiapkan sehari saja. Sebenarnya keputusan untuk berkahwin ini dibuat tiga hari sebelum tarikh 20 November. Ibu saya yang meminta kami untuk memuat naik gambar di Instagram bagi mengelakkan fitnah. Kata orang, elok dihebahkan urusan perkahwinan," katanya kepada Harian Metro.

Terdahulu, Yonnyboii, 23, atau sebenar Muhammad Haqeem Nuriman Nor Azrin mengikat tali pertunangan dengan Nazira pada 9 Oktober lalu. 

Pasangan itu merancang untuk mendirikan rumah tangga pada 22 Januari pada tahun hadapan.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 26 November 2021 @ 1:00 AM