Keanu Reeves.
Keanu Reeves.
Agensi

Los Angeles: Disebalik lakonannya yang ganas dalam filem aksi, pelakon Keanu Reeves memiliki hati yang sangat baik.

   Memetik laporan People, pelakon berusia 57 tahun itu dikhabarkan sanggup membeli jam tangan untuk empat orang 'stuntman' yang juga pelakon pengganti dalam filem John Wick: Chapter 4.

  Hadiah jam tangan daripada Reeves itu dikatakan jenama mewah dan agak mahal iaitu Rolex Submariner yang disampaikan dalam sebuah acara  

makan malam di Paris, Perancis selepas penggambaran filem berkenaan tamat

   Keempat-empat 'stuntman' yang bertuah itu ialah Bruce Concepcion, Jeremy Marinas, Dave Camarillo, dan Li Qiang. 

   Menariknya, di bahagian belakang setiap jam tangan itu terdapat ukiran istimewa berupa nota peribadi dari Reeves untuk setiap mereka. 

   Terdahulu, Reeves memang dikenali sebagai individu yang baik hati dan sopan terhadap peminatnya.

   Pelbagai perkara positif dilakukan antaranya pernah membantu penumpang dalam pesawat yang dinaikinya. 

   Terdapat juga cerita, dia (Reeves) menolak kenderaan seseorang yang rosak dan mengajak gelandangan untuk makan bersamanya.

   Malah ketika bergambar dengan peminat wanita pula, dia selalu menjaga tangannya agar tidak menyentuh mereka.

 

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 28 Oktober 2021 @ 12:32 PM