Ed Sheeran
Ed Sheeran
Agensi

London: Penyanyi Ed Sheeran disahkan positif Covid-19.

Sheeran menerusi hantaran di Instagram berkata, dia kini menjalani kuarantin kendiri dan mengikuti arahan kerajaan.

"Situasi ini membuatkan saya terpaksa membatalkan beberapa temu janji yang dilakukan bersemuka. 

"Namun saya boleh melakukan temubual mahupun persembahan yang sudah dirancang dari rumah.

"Saya minta maaf terhadap mereka yang dikecewakan atas janji sebelum ini. Jaga diri, semuanya," katanya.

Berita mengenai perkara itu berlaku ketika dia sedang sibuk mengeluarkan album terbarunya berjudul = pada Jumaat ini.

Salah satu jadual aktivitinya ialah tampil di acara Apple Music untuk memainkan lagu-lagu dari album terbaru sekaligus menjawab pertanyaan daripada peminat.

Baru-baru ini Sheeran juga diumumkan akan bergabung dalam CBeebies Bedtime Story. Dalam tayangan itu, dia akan membacakan cerita bertajuk I Talk Like a River.

Ini adalah kisah mengenai seorang anak lelaki yang gagap ketika bercakap. 
 

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 25 Oktober 2021 @ 1:42 PM