Keluarga minta netizen tidak sebar foto jenazah Mamat Khalid.
Keluarga minta netizen tidak sebar foto jenazah Mamat Khalid.
Syafil Syazwan Jefri
syafil.syazwan@hmetro.com.my


Kuala Lumpur: Keluarga Allahyarham Mamat Khalid menerusi akaun Instagramnya memohon supaya mana-mana pihak tidak memuat naik gambar jenazah pengarah itu.

"Assalamualaikum semua. Pihak keluarga Abang Mamat Khalid memohon jasa baik anda supaya tidak memuat naik gambar jenazah arwah Abang Mamat. Terima kasih," tulis hantaran itu.

Hantaran itu bagaimanapun tidak dijelaskan secara terperinci oleh keluarganya.

Ruangan komen hantaran itu dibanjiri ratusan komen daripada sahabat dan pengikut Mamat. Rata-rata berkongsi rasa kehilangan atas pemergiannya dan menitipkan doa untuk rohnya.

Mamat, 58, menghembuskan nafas terakhir akibat serangan jantung dalam perjalanan ke Hospital Slim River, Perak, jam 12.30 tengah malam ini.

Arwah dipercayai mendapat serangan jantung dan tidak sedarkan diri ketika berada di kafe miliknya dikenali Sarang Art Hub.

 

 

 

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 24 Oktober 2021 @ 12:51 PM