Adele.
Adele.
Agensi

 

London: Penyanyi Adele, 33, berkongsi album baharunya diinspirasikan daripada pengalamannya menempuh perceraian dalam rumah tangga.

Dia juga mahu semua lagu itu kelak dapat membantu anaknya Angelo Adkins, 9, lebih faham mengapa keputusan besar itu dibuat.

"Saya ingin menjelaskan kepadanya, apabila dia berusia 20 atau 30 tahun kelak, siapa dan mengapa saya perlu mengejar kebahagiaan saya sendiri.

"Saya tahu dia tidak selesa. Dan itulah yang melukakan saya dan saya tidak tahu adakah luka itu akan sembuh," katanya menerusi temubual dengan majalah Vogue.

Semalam, Adele turut memperdengar single terbaharunya Easy On Me yang bakal dilancarkan pada 15 Oktober ini. Menerusi sesi siaran langsung di Instaram, kebanyakan peminat cukup teruja mendengar lagu penuh itu nanti.

Bahkan, beberapa artis termasuk Alicia Keys turut mengikuti sesi siaran langsung itu dan meninggalkan komen.

Berkongsi mengenai albumnya yang diberi judul 30, Adele menjelaskan angka terbabit dipilih ketika usianya berkahwin dengan Simon Konecki, sebelum bercerai dua tahun kemudian.

"Seluruh hidup saya hancur, dan ia datang tanpa amaran," katanya. 

Terdahulu, tular di seluruh dunia apabila angka 30 tiba-tiba menghiasi beberapa bangunan ikonik dunia. Ia termasuk di Menara Berkembar Petronas.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 10 Oktober 2021 @ 3:45 PM