Sissy Imann akan bergandingan dengan hos yang berlainan pada setiap episod.
Sissy Imann akan bergandingan dengan hos yang berlainan pada setiap episod.
Noraniza Azmi

Petaling Jaya: Selepas tujuh tahun, Idola Kecil kembali dengan konsep dan format yang baharu di TV3 dengan 'Idola Kecil Di Rumah'. 

Bersesuaian dengan norma baharu yang dijalani oleh golongan kanak-kanak iaitu sesi pembelajaran dari rumah, Idola Kecil Di Rumah membuka peluang kepada enam kanak-kanak untuk mengikuti pelbagai pengisian program ilmiah dan rekreasi yang bermanfaat. 

Menampilkan Scott's sebagai penaja eksklusif, Idola Kecil Di Rumah bakal bersiaran di TV3 pada setiap hari Ahad, jam 3 petang bermula 10 Oktober 2021 untuk lapan episod. 

Program berdurasi satu jam itu menampilkan Sissy Imann sebagai hos dan enam peserta berumur antara 8 hingga 12 tahun. 

Program ini akan meraikan pemenang mingguan dan seorang pemenang utama di penghujung program berdasarkan prestasi dan cabaran yang dilakukan masing-masing pada setiap minggu.

Pengurus Projek Idola Kecil Di Rumah, Muhamad Sufian Che Isa berkata, pembelajaran di rumah sudah menjadi norma baharu untuk kanak-kanak sejak pandemik Covid-19. 

Menurutnya, selain pendidikan teras, mereka juga perlu didedahkan dengan kemahiran hidup dan diberikan peluang menyerlahkan bakat. 

"Jadi, Idola Kecil Di Rumah mengambil pendekatan melakukan sesi rakaman secara dalam talian dengan enam peserta terpilih ini. Selain melakukan persembahan secara maya dari rumah, peserta juga diberikan cabaran yang berbeza seperti Sembang IK dan Genius IK untuk menguji kebolehan komunikasi, IQ dan kecerdasan otak.

"Program ini juga bakal memaparkan selebriti jemputan dalam setiap episod untuk berinteraksi dengan peserta-peserta  supaya pengisian program kekal menarik walaupun ia dirakam secara maya," katanya.

Scott's sebagai penaja eksklusif

Pengurus Besar GSK Consumer Healthcare Malaysia Bryan Wong berkata, kanak-kanak sentiasa aktif dan mempunyai sifat ingin tahu seperti mana digambarkan dalam siri permainan baharu ini yang mencabar minda, stamina dan kemahiran mereka melalui aktiviti dalaman dan luaran. 

"Aktiviti-aktiviti ini adalah pengalaman pembelajaran yang positif, di mana mereka perlu mengenal pasti dan menerapkan strategi yang berbeza untuk menyelesaikan masalah. Scott's 

Gummies dengan DHA mempertingkatkan sifat ingin tahu di kalangan kanak-kanak dan ia mengandungi DHA. DHA adalah blok utama yang membina perkembangan otak dan fungsi mata," katanya.

Tambah beliau lagi, koloborasi bersama Media Prima ini bertujuan mendorong kanak-kanak mencabar minda dan membabitkan diri dalam penyelesaian masalah melalui aktiviti yang menarik dan mencabar.

Selain itu, Sissy Imann juga akan bergandingan dengan hos yang berlainan pada setiap episod. Lebih istimewa, mereka ialah ahli keluarga Idola Kecil iaitu Haqiem Rusli, Afiq Syazwan, Didi Astilah, Syada Amzah, Azzam Sham, Irfan Haris dan Harris Alif!

Jangan lupa untuk #IdolaKecilDiRumah #IdolaKecil2021 #scottsrainbow #scottsdhagummies #scottsvitcpastille untuk menghangatkan lagi perbualan di laman media sosial. 

Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini tentang program TV3, layari www.xtra.com.my dan ikuti laman media sosial rasmi Facebook, Instagram & Twitter di @TV3Malaysia.

 

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 9 Oktober 2021 @ 10:36 AM