SYATILLA Melvin.
SYATILLA Melvin.

Kuala Lumpur: Pelakon Syatilla Melvin yang kini hamil anak ketiga mengakui mengalami alahan teruk.

Syatilla yang juga isteri kepada pelakon Shaheizy Sam berkata, sepanjang dua minggu ini dia cuba melawan alahan pelik iaitu tidak boleh tengok rumah sendiri.

"Dua minggu berlawan dengan diri sendiri untuk tidak keluar dari rumah, lawan emosi, lawan alahan pelik yang tak boleh tengok rumah sendiri. Tewas akhirnya. Rasa hidup tidak ada kualiti duduk tengok perabot rumah, nak buat semua perkara tak jadi, lembik dan longlai badan.

"Demi Allah ini pertama kali saya ada alahan macam ini. Kehamilan sebelum ini langsung tak rasa, malah siap boleh pergi menjalani penggambaran setiap hari sampai perut besar. Kali ini sangat luar biasa. Rasa serik pun ada. Insya-Allah doakan kandungan anak ketiga ini sihat sempurna sifat. Itu paling penting," katanya.

Syatilla atau mesra disapa Tilla dalam hantaran di Instagram mengucapkan terima kasih pada suami yang sentiasa menemani dirinya setiap masa.

"Sam terpaksa hadap sebab dia yang mengandungkan aku. Sanggup bawa TV besar dari rumah supaya tidak bosan. Kalau dah bawa TV maksudnya bukan duduk sekejap.

"Terima kasih suamiku yang sentiasa setia ada di mana-mana. Saya tidur di bawah dia ikut, tidur atas dia ikut, tidur di ruang tamu dia ikut. Ini baru namanya kerjasama selamanya. Sayang awak Shaheizy Sam," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 2 Oktober 2021 @ 12:55 PM