NAM RON di Instagram dan Twitter hari ini mencuit hati ramai pengikutnya apabila dia memuat naik dua gambarnya tidak berbaju.
NAM RON di Instagram dan Twitter hari ini mencuit hati ramai pengikutnya apabila dia memuat naik dua gambarnya tidak berbaju.

Kuala Lumpur: Hantaran dilakukan pelakon berkaliber, Nam Ron di Instagram dan Twitter hari ini mencuit hati ramai pengikutnya apabila dia memuat naik dua gambarnya tidak berbaju.

Dalam hantaran sama, Nam Ron atau nama sebenarnya Shahili Abdan, 52, juga menulis keterangan secara sinikal mengenai 'strategi' yang dilakukannya untuk menyahut cabaran stesen TV yang mahukan pelakon dengan sekurang-kurangnya sejuta pengikut di media sosial.

"Menyahut cabaran stesen TV dan sesetengah penerbit yang mahukan sekurang-kurangnya sejuta pengikut di media sosial. 'Road to one million followers,'" tulisnya.

Tidak hanya itu, pelakon yang juga pengarah itu turut menulis keterangan dalam nada gurauan, bahawa foto dia berbogel akan dimuat naik.

"Foto 'bugil' (bogel) penuh akan disiarkan sekiranya sasaran tercapai sebelum 2022," tulisnya.

Hantarannya itu menerima pelbagai reaksi daripada pengikutnya di platform media sosial itu sehingga diulang ciap lebih 1,000 kali.

Di Instagram, Nam Ron kini memiliki 107,000 pengikut.

Terdahulu, Harian Metro melaporkan tindakan penerbit, Fadzil Teh mempertahankan keputusan stesen TV berasaskan penstriman yang menetapkan syarat pelakon yang ingin muncul dalam saluran itu perlulah mempunyai jumlah pengikut atau 'followers' lebih sejuta di media sosial.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 28 September 2021 @ 8:05 PM