JinJin
JinJin
Agensi

Seoul: Penyanyi juga anggota ASTRO, JinJin, 25, disahkan positif Covid-19 selepas beberapa hari mengalami simptom virus itu, semalam.

Dia kini menjalani kuarantin kendiri sementara menunggu arahan selanjutnya daripada pihak kesihatan bagi rawatan susulan.

Menurut kenyataan agensinya Fantagio Entertainment, JinJin sebelumnya disahkan negatif selepas menjalani ujian calitan beberapa hari lalu.

"Pada 16 September, JinJin kurang sihat dan melakukan ujian PCR untuk mengesan Covid-19. Pada waktu itu, ujian keputusan diterimanya adalah negatif.

"Kelmarin (18 September), dia mengalami simptom sekali lagi dan melakukan satu lagi ujian PCR. Semalam, dia disahkan positif," katanya. 

Menurut agensi itu, ujian calitan turut dibuat kepada dua anggota ASTRO iaitu Moonbin dan Sanha serta kakitangan syarikat disebabkan menjadi kontak rapat.

Mereka masih menunggu keputusan ujian dan buat sementara waktu, segala jadual seni ASTRO terpaksa dibatalkan serta-merta. 

 

 

 

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 20 September 2021 @ 11:57 AM