MUNCUL dengan idea bagi golongan anak seni untuk jana pendapatan menerusi peraduan Joox SuperRoom Challenge
MUNCUL dengan idea bagi golongan anak seni untuk jana pendapatan menerusi peraduan Joox SuperRoom Challenge
Syafil Syazwan Jefri


Situasi pandemik Covid-19 memberi kesan kepada ramai anggota masyarakat terutamanya dari sudut kewangan dan ekonomi.

Disebabkan pandemik ini, banyak syarikat yang terpaksa menamatkan perkhidmatan pekerja.

Bahkan, ada juga yang terpaksa berdepan situasi di mana kehilangan pekerjaan dan mata pencarian.

Oleh itu, aplikasi penstriman muzik, Joox muncul dengan idea bagi membantu masyarakat termasuklah golongan anak seni untuk menjana pendapatan menerusi peraduan Joox SuperRoom Challenge.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan Joox, menjadi tanggungjawab mereka untuk membantu sesiapa saja yang terkesan dan pada masa sama, menyerlahkan kreativiti mereka menggunakan platform digital.

"Peraduan Joox SuperRoom Challenge sesuai buat anda yang ingin menggunakan platform digital untuk berkongsi pendapat, mengekspresikan diri serta menghebahkan mengenai produk jualan anda.

"Sesuai dengan situasi pandemik Covid-19 yang memberi kesan kepada pendapatan ramai individu, kami hadir dengan idea untuk membantu masyarakat dan pada masa sama mewujudkan persaingan sihat," katanya.

Dalam kenyataan sama, Joox juga tidak hanya membuka ruang kepada orang awam, tetapi juga golongan selebriti dan pempengaruh media sosial.

"Peraduan Joox SuperRoom Challenge ini terbuka kepada semua individu termasuklah orang awam, badan bukan kerajaan (NGO), artis, pempengaruh media sosial dan juga peniaga atas talian (online).

"Lebih menarik, anda bukan saja berpeluang membuka ruang atau 'bilik' di Joox Rooms sebagai hos, tetapi juga berpeluang menjana pendapatan dan memenangi hadiah wang tunai lumayan sehingga RM10,000," katanya.

Menggunakan konsep program secara langsung di platform aplikasi Joox Rooms, pihak Joox juga akan membuat kiraan berdasarkan jumlah penonton yang aktif bermula dengan 100 penonton sehinggalah 2,000 penonton.

Sehubungan itu, kesemua maklumat lanjut dan syarat penyertaan turut disiarkan Joox di laman Facebook rasmi mereka, Joox MY.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 17 September 2021 @ 6:45 AM