Michael Ang.
Michael Ang.

Kuala Lumpur: "Selamat Hari Malaysia. Tapi, layakkah kita sambut?".

Itulah soalan sinis yang diajukan penerbit dan pengarah, Michael Ang kepada rakyat Malaysia dalam hantarannya di Instagram.

Dalam hantaran sama, Michael meluahkan rasa bingung dengan mentaliti segelintir masyarakat yang sentiasa tidak berpuas hati dengan banyak perkara terutamanya, golongan ibu bapa.

"Tak faham mentaliti sesetengah rakyat Malaysia. Bila sekolah nak buka, ibu bapa bising pasal itu dan ini, pasal keselamatan anak.

"Bila kerajaan bagi kelonggaran, kau boleh pula bawa anak-anak kau pergi air terjun, bercuti dan berkelah berpusu-pusu. Tak takut pula pasal (keselamatan) anak-anak kau!" tulisnya.

Michael yang dikenali sebagai seorang yang lantang meluahkan pendapat juga menegur sikap segelintir masyarakat yang pengotor.

"Tolong fahamkan aku pasal apa kau orang fikir dan nak? Satu lagi, tempat awam bukan tong sampah kau. Jangan jadi sampah masyarakat ya!" tulisnya.

Sejak beberapa hari lalu, tular di media sosial video kunjungan ramai pengunjung di kawasan rekreasi Sungai Pisang sehingga menimbulkan perdebatan dalam kalangan netizen.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 16 September 2021 @ 7:03 PM