NORA bersama anaknya, Ney Ney.
NORA bersama anaknya, Ney Ney.

Kuala Lumpur: "Selamat datang ke Langkawi!".

Demikian satu daripada ratusan komen yang membanjiri hantaran terbaharu di Instagram pelakon, Nora Danish yang kini sudah berada di Pulau Langkawi untuk bercuti.

Dalam hantarannya itu, Nora memuat naik beberapa gambar dia bersama keluarga yang berada di dalam pesawat dan menulis keterangan ringkas mengenai percutiannya.

"Alhamdulillah. Langkawi, kami datang!" tulisnya.

Rata-rata, netizen yang terdiri daripada pengikut dan peminatnya di platform media sosial itu mendoakan perjalanan dan percutiannya.

Pada masa sama, ada juga yang mengingatkannya agar sentiasa menjaga prosedur operasi standard (SOP) ketika bercuti.

Di Instagram Story, Nora berkongsi beberapa video pendek ketibaannya di Langkawi dan hotel mewah berlatarbelakangkan pantai.

Kerajaan sebelum ini mengumumkan mengenai kebenaran melancong ke pulau legenda itu untuk rakyat tempatan yang sudah lengkap menerima dua dos vaksin Covid-19, bermula hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 16 September 2021 @ 6:35 PM