Ayu Ting Ting
Ayu Ting Ting
Agensi

Jakarta: Ibu bapa penyanyi dangdut popular, Ayu Ting Ting akhirnya bertindak tegas terhadap pembenci (hater) yang melontarkan kata-kata negatif terhadap anak mereka.

   Umi Kalsum dan Abdul Rozak hadir ke kediaman Ayu di Bojonegoro, Jawa Timur, bersama pihak polis untuk tindakan lanjut.

   Namun, mereka hampa kerana 'pembenci' terbabit tinggal di Singapura.

  Bagaimanapun, mereka tetap lega kerana pelaku dicari itu akhirnya mengakui kesalahan dan menyampaikan permohonan maaf.

   "Saya mahu minta maaf kepada Ayu Ting Ting dan keluarga kerana saya sudah melontarkan kata-kata negatif kepadanya dan diikuti oleh ramai orang lain," katanya menerusi satu kiriman video.

   'Pembenci' ini juga berkata, akaunnya sekarang sudah disekat daripada pihak Instagram. 

   "Selepas ini saya berjanji tidak akan membuat akaun pembenci lagi, dan tidak akan berkata negatif berkenaan Ayu Ting Ting di mana pun sama ada di akaun Instagram gosip yang lain.

   "Sekali lagi saya meminta maaf kepada Ayu Ting Ting dan keluarganya atas kesalahan dan kelakuan saya. Dan, saya meminta maaf juga pada keluarga atas kelakuan saya ini, terima kasih," katanya.

 

 

 

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 1 Ogos 2021 @ 1:51 PM