Azzam Sham.
Azzam Sham.
Syafil Syazwan Jefri


Kuala Lumpur: Penyanyi, Azzam Sham menyeru agar masyarakat kini lebih peka dam prihatin untuk terus menyebarkan rasa kasih sayang antara satu sama lain. 

Penyanyi lagu Cinta Jangan Pergi itu juga menyentuh isu bunuh diri yang kini menjadi bualan dan tajuk berita, sejak akhir-akhir ini. 

"Saya takut dengar banyak berita bunuh diri sekarang ini. Saya tahu, waktu-waktu begini, susah untuk kita semua. 

"Ingat. Putus harap bukan jalan yang terbaik dalam kehidupan kita sekarang ini," tulisnya di Instagram. 

Tambahnya, dia sedar, dalam situasi pandemik dengan jumlah jangkitan yang semakin meningkat, ramai yang mengalami kemurungan. 

"Ramai yang tengah kemurungan tapi ingat ramai juga yang sayangkan kalian semua! 

"Kebanyakannya, keluarga, kawan-kawan semua! Tolong doa dan banyak-banyak sabar. Apa-apa keputusan balik kepada Allah SWT ya," tulisnya. 

Kes bunuh diri yang berlaku mula menjadi bualan sejak akhir-akhir ini di pelbagai platform media sosial dan portal berita. 

Isu kesihatan mental juga perlu menjadi isu yang dipandang berat sekali gus perlu diwujudkan kesedaran dalam diri masyarakat supaya mengambil berat kepada mereka yang berpotensi berdepan situasi ini. 

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 28 Jun 2021 @ 8:43 PM