SEJAK akhir-akhir ini dilihat sering papar keletah juri  terlalu ‘beremosi’ hingga timbul rasa kurang senang di media sosial.
SEJAK akhir-akhir ini dilihat sering papar keletah juri terlalu ‘beremosi’ hingga timbul rasa kurang senang di media sosial.
Najiy Jefri


PROGRAM Indian Idol adalah salah satu rancangan realiti TV paling lama bersiaran di India.

Indian Idol yang kini bersiaran untuk musim ke-12 diadili tiga juri terkenal iaitu Neha Kakkar, Himesh Reshammiya dan Vishal Dadlani.

Bagaimanapun sejak akhir-akhir ini, program realiti itu mengundang pelbagai kontroversi sehingga ramai beranggapan ada yang tidak kena dengannya.

Apa tidaknya, program yang bersiaran setiap Sabtu dan Ahad di Sony TV itu dilihat sering memaparkan keletah juri yang terlalu 'beremosi' serta penuh drama sehingga ramai pengguna di media sosial meluahkan rasa kurang senang dengan pendekatan yang ditonjolkan itu.

Tidak hanya itu, program terbabit juga dikatakan menyingkirkan peserta yang berbakat selain pengisian program yang terlalu meleret.

Malah, baru-baru ini penyanyi veteran, Amit Kumar yang dijemput sebagai tetamu undangan turut mempersoal kualiti nyanyian peserta dalam program realiti itu.

Amit berkata, dia hampir meminta pihak produksi menghentikan persembahan pada hari itu.

"Terus terang, saya ingin menghentikan episod pada hari itu. Saya melakukan apa yang disuruh oleh pihak produksi.

"Saya ada memberitahu pihak produksi untuk memberi saya sebahagian skrip terlebih dahulu, tetapi ia tidak berlaku," katanya.

Walaupun menerima teguran negatif daripada Amit, salah seorang peserta yang tersingkir Anjali Gaikwad menjelaskan dia dan peserta lain tidak tersinggung dengan komen yang diberikan personaliti hebat itu.

BARISAN juri Indian Idol 12, Amit (kanan) ketika diundang sebagai tetamu pada Indian Idol 12.
BARISAN juri Indian Idol 12, Amit (kanan) ketika diundang sebagai tetamu pada Indian Idol 12.

"Kami tidak ambil hati ketika Amit memaklumkan dia tidak menikmati episod terbabit dan nyanyian kami. Bagi kami, itu adalah pendapat peribadinya. Kami harus menghormati pendapatnya.

"Malah, setiap komen dan kritikan yang diberikan kami ambil sebagai pembakar semangat untuk terus memperbaiki diri," katanya.

Menurut Anjali, dia juga menerima segala kritikan dan komen negatif di media sosial sebagai satu proses untuk dia menghadapi kritikan selepas ini.

ANJALI adalah salah seorang peserta Indian Idol 12 yang tersingkir.
ANJALI adalah salah seorang peserta Indian Idol 12 yang tersingkir.

"Bukan setiap masa kita akan mendapat pujian. Kadang-kadang kita perlu akur apabila dikritik. Bagi saya, media sosial berfungsi seperti itu.

"Orang kadang-kadang berlebihan dalam mengkritik seseorang tetapi tidak apa-apa, kami di sini untuk menyanyi dan memberikan yang terbaik. Sekiranya kita harus maju dalam hidup, kita harus mengabaikan komen-komen ini dan hanya fokus pada tujuan kita iaitu menghiburkan," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 18 Jun 2021 @ 6:25 AM