Noraniza Azmi

Ini merupakan tahun kedua rakyat Malaysia bakal menyambut Syawal dalam norma baharu. Semestinya perasaan rindu pada kampung halaman, keluarga dan sanak saudara semakin menebal. Hanya panggilan video sahaja sebagai pengubat rindu.

Melihat situasi ini, Media Prima Berhad melalui syarikat rakaman Monkey Bone, mengambil peluang menghasilkan sebuah lagu yang dapat menyampaikan perasaan rindu kepada keluarga dan insan-insan tersayang. Lagu berjudul "Salam Sayang"  diangkat sebagai lagu tema Aidilfitri Media Prima Berhad.

Lagu gubahan Sharon Paul, Fedtri Yahya dan Acap ini telah disampaikan dengan baik sekali oleh pasangan ibu dan anak popular, Amyza Aznan dan Adrian. Mereka merupakan peserta dan juga pemenang bagi rancangan Famili Duo Episod 4 yang telah bersiaran di TV3. Aura dan keletah mereka menjadi aspek penting dalam pemilihan kali ini.

Sebagai seorang penyanyi cilik, Adrian mempunyai peluang yang baik di ruang industri hiburan dengan anugerah suara yang dikurniakan. Dilamar oleh Monkey Bone, Adrian juga dalam proses menyiapkan single pertama beliau.

Dengarkan Salam Sayang di semua pelantar digital seperti Spotify, Apple Music, KKbox , Deezer dan juga Joox bermula 30hb April 2021. Juga tonton muzik video Salam Sayang di saluran Youtube Monkeybone. 

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 12 Mei 2021 @ 6:06 PM