ADELE.
ADELE.
Agensi

London: Bapa kepada penyanyi popular, Adele iaitu Mark Evans meninggal dunia selepas bertarung nyawa akibat kanser usus.

Menurut sumber, sehingga akhir hayat Evans, hubungannya dengan Adele masih tidak berjalan dengan baik.

"Keluarga Evans sangat berduka dengan pemergiannya. Evans selalu berharap hubungannya dengan Adele akan berjalan dengan baik, tapi tak sangka hingga hujung nyawanya hubungan mereka tidak dapat diselamatkan.

"Difahamkan Evans ada melakukan beberapa usaha untuk memperbaiki hubungan dengan Adele, tapi nyata hubungan itu sudah pudar," kata sumber.

Terdahulu, penyanyi berusia 33 tahun itu mendedahkan hubungan dengan bapanya sudah putus selepas Evans meninggalkan ibunya, Penny ketika dia baru berusia tiga tahun.

Adele sebelum ini juga menjelaskan dia tidak membenci bapanya, sebaliknya hubungan itu sudah tidak dapat diperbaiki lagi.

Pada 2013, Evans mendedahkan dia menderita kanser usus dan bimbang tidak dapat bertemu cucunya, Angelo, 8, hasil perkahwinan Adele dengan bekas suaminya, Simon Konecki.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 11 Mei 2021 @ 4:43 PM