JANNA Nick. FOTO IG
JANNA Nick. FOTO IG
Sudirman Mohd Tahir


Kuala Lumpur: Pelakon popular Janna Nick, 26, yang mendedahkan dia mengalami gangguan bipolar kelmarin, berterima kasih kepada semua yang memberikan kata-kata semangat di ruangan komen dan menghantar mesej peribadi di media sosial sekali gus menjadikan dia lebih kuat.

Janna berkata, sokongan yang diberikan serta berkongsi kata-kata baik dan pengalaman peribadi sangat membantunya.

"Meneliti semua komen dan DM (direct message), ia sangat membantu saya. Saya tidak bersendirian dalam perkara ini dan ada orang lain yang mengalami perkara sama seperti saya. Mari terus bersama di antara satu sama lain dan terus kuat," katanya.

Menerusi pendedahan dibuat di Instagram itu, Janna atau nama sebenarnya Nurul Jannah Muner juga mengaku pernah membuat cubaan bunuh diri ketika berusia 14 dan 15 tahun.

Malah, dia kini bergantung pada ubat anti kemurungan sejak seminggu lalu.

Berdasarkan tinjauan Harian Metro, ruangan komen di Instagram Janna terus dipenuhi dengan kata-kata semangat bukan saja daripada peminat, tapi juga dalam kalangan rakan artis.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 24 April 2021 @ 10:22 AM