Nonny Nadirah buat ‘live’ tak berhijab.
Nonny Nadirah buat ‘live’ tak berhijab.
Wartawan HM

Kuala Lumpur: Penampilan terbaharu penyanyi dan pelakon, Nonny Nadirah yang dikatakan sudah membuka tudung terus menjadi bualan dalam kalangan netizen.

Malah, Nonny, 32, atau nama sebenarnya Nonny Nadirah Zainuddin masih mengambil pendekatan untuk mengunci mulut tanpa sebarang penjelasan lanjut.

Namun, kemunculan Nonny pada sesi siaran lansung di Instagram, hari ini, seakan mengesahkan perkara itu.

Pada sesi yang hanya berlangsung kurang seminit itu memaparkan Nonny berada dalam kereta tampil menggunakan topi dengan rambut terkeluar dan memakai cermin mata.

Sesi itu sempat ditonton lebih 7,000 pengikutnya di IG.

Terdahulu, Harian Metro melaporkan Nonny muat naik hantara yang menimbulkan persoalan mengenai penampilan terbaharu dirinya.

Menerusi video berdurasi 38 saat itu memaparkan seorang wanita berbaju putih dengan mengenakan stokin jaring. Namun wajahnya ditutup dengan alat pelindung muka.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 12 April 2021 @ 3:41 PM