THE Rock memberikan kata-kata sokongan moral buat Azaylia.
THE Rock memberikan kata-kata sokongan moral buat Azaylia.
Agensi

Los Angeles: Pelakon The Rock, 48, mengakui hatinya luluh mendapat tahu nasib anak perempuan Ashley Cain, 30, iaitu Azaylia, lapan bulan menghidap leukemia tahap terakhir dan dijangka tidak hidup lama.

Demikian itu, The Rock atau nama sebenarnya Dwayne Johnson sempat memberikan kata-kata sokongan moral buat Azaylia.

Menurutnya, dia sangat bersimpati dengan nasib Azaylia namun berharap mereka sekeluarga akan tetap kuat menjalani kehidupan seperti wira sejati.

"Saya jarang sangat memeriksa DM (mesej peribadi) dan seorang rakan kamu (Cain) mesej saya. Takdir membawa saya melihat mesejnya dan pautan diberikannya membawa saya ke halaman kamu. 

"Saya mahu beritahu kamu bahawa saya sangat bersimpati untuk anak perempuan cantik kamu, Azaylia. Cakap kepadanya, terus berjuang dan terus kuat," katanya. 

Sabtu lalu, Cain dan pasangannya Saffiya Voraje, 34, reda untuk membawa pulang anak mereka itu atas saranan doktor. Doktor juga mendedahkan sudah tiada jalan untuk merawat anaknya itu.

Azaylia sudah menjalani rawatan kemoterapi sebanyak empat kali dan tiada rawatan susulan lain mampu menyelamatkannya. Kini, hayatnya dijangka tidak lama berikutan memiliki banyak tumor dalam badannya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 12 April 2021 @ 10:45 AM