Haiza lega ujian swab Covid-19 negatif.
Haiza lega ujian swab Covid-19 negatif.
Syafil Syazwan Jefri

Kuala Lumpur:  Penyanyi dan penyampai radio, Haiza atau nama sebenarnya Rohaizah Nordin berkongsi keputusan negatif ujian calitan (swab) yang dijalankannya pada Jumaat lalu.

Dalam hantaran yang dimuat naik Haiza di Instagramnya beberapa jam lalu, katanya dia membuat ujian itu dan menjalankan kuarantin kendiri di atas rasa tanggungjawab.

"Alhamdulillah. 'Swab test' yang saya buat pada 15 Januari, hari Jumaat, negatif. Atas rasa tanggungjawab, saya kuarantin diri untuk keselamatan orang di sekeliling saya termasuk keluarga dan rakan-rakan di tempat kerja," tulisnya.

Dalam hantaran sama, Haiza berkata, dia membuat ujian itu selepas bertemu dengan penyanyi, Aepul Roza yang sebelum ini dilaporkan positif Covid-19.

"Lepas Aepul beritahu dia positif, terus saya buat (ujian) sebab kebetulan jumpa dia untuk ambil album Drama Band.

"Cepat sembuh Aepul dan Alisha (anak Aepul), Rea (Kool FM), Faeez (pemain dram Drama Band) dan semua yang sedang melalui saat sukar ini. Kita kena kuat!" tulisnya.

Haiza turut berkongsi foto keputusan ujian di Instagramnya.

  • Lagi berita berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan
  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 20 January 2021 @ 11:36 PM