Aepul bersama anaknya, Alisha.
Aepul bersama anaknya, Alisha.
Norhayati Nordin


Kuala Lumpur: Vokalis Drama Band, Aepul Roza kagum dengan semangat tabah isterinya, pelakon, Leez Rosli, 32, yang kini hamil dalam berhadapan dugaan menimpa keluarga kecil mereka.

Aepul, 33, yang sah dijangkiti Covid-19 pada Khamis lalu berkata dia yakin isterinya itu kuat, meski anak sulung mereka, Nur Saffiya Alisha, 5, uga positif pandemik berkenaan.

"Alhamdulillah, dia kuat. Kandungan pun nak masuk enam bulan.

"Alisha masih aktif, alhamdulillah. Cuma, badan dia panas sikit. Saya pula, ada hari okay, ada hari tak okay langsung.

"Tapi, hari ini adalah hari yang tak okay. Rasa lemah, tak mampu nak makan sebab dah hilang deria rasa dan bau," katanya kepada Harian Metro.

Apapun, Aepul turut mengucapkan terima kasih kepada semua yang mendoakanya dan Alisha semoga cepat sembuh dan kesihatan mereka anak-beranak pulih semula.

Terdahulu, Leez membuat perkongsian di Instagram Story mengenai Alisha yang disahkan positif Covid-19 menerusi ujian swab dibuat.

"Dia akhirnya positif Covid-19 mengikut keputusan ujian swab. Allahu, beratnya rasa bahu ni. Duduk elok-elok dengan Daddy okay.

"Umi janji kuat untuk jaga tiga orang… Daddy, Alisha dan adik dalam perut," tulisnya.

Leez yakin dia mampu menjaga insan tersayangnya itu sebaik mungkin yang ketika ini masih menjalani kuarantin di rumah mereka.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 19 January 2021 @ 10:28 PM