Aepul disahkan positif Covid-19.
Aepul disahkan positif Covid-19.
Syafil Syazwan Jefri

Kuala Lumpur: Penyanyi Drama Band, Aepul disahkan positif Covid-19 selepas menjalani ujian swab kedua, semalam. 

Aepul dalam satu hantaran di Instagram berkata, dia sudah menjalani kuarantin sendiri sejak beberapa hari lalu.

Bagaimanapun, isterinya, Leez Rosli yang turut menjalani ujian swab disahkan negatif. 

"Saya sudah mula 'self quarantine' beberapa hari yang lalu dan menanti prosedur operasi standard (SOP) seterusnya. Doakan kami sekeluarga, terima kasih," tulisnya. 

Dalam hantaran itu, Aepul juga menegaskan tidak akan menerima sebarang panggilan telefon dalam masa terdekat ini. 

  • Lagi berita berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan
  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 15 January 2021 @ 9:35 AM