ELFIRA dilantik duta pelitup muka.
ELFIRA dilantik duta pelitup muka.
Sudirman Mohd Tahir


BERGELAR ibu kepada seorang cahaya mata lelaki iaitu Muhammad Rayyan Khalaf membuatkan pelakon, Elfira Loy sedikit paranoid dalam hal yang membabitkan keselamatan dan nyawa diri sepanjang musim pandemik Covid-19 ini.

Pada satu tahap isteri kepada Faris Khairol Anuar ini lebih selesa menghabiskan masa di rumah memberi sepenuh perhatian menjaga anaknya.

Namun, status diri menuntutnya untuk keluar melunaskan urusan kerja. Jadi sebagai wanita bertudung, soal pemakaian pelitup muka sudah menjadi kebiasaan ketika keluar rumah dan berada di tempat awam.

Elfira yang baharu dilantik sebagai duta pelitup muka jenama Himaya untuk wanita bertudung percaya soal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) menerusi pemakaian 'aksesori' penting itu tidak wajar diambil mudah.

"Mendengar kes wabak ini semakin meningkat membuatkan saya sedikit takut dan curiga dengan apa saja kemungkinan. Perasan itu kian menjadi apatah lagi saya ada anak berusia 14 bulan.

"Sampai satu tahap bimbang jika lalai dan tersilap langkah dalam mematuhi SOP, ia akan memudaratkan diri, anak, suami dan orang terdekat. Kalau boleh saya tak nak berada dalam tempoh yang lama di luar.

"Kita menjaga SOP dan berhati-hati, tapi rasa sedih apabila ada segelintir yang ambil mudah perkara itu. Ada yang macam tak makan saman walaupun akan dikompaun RM1,000 jika tidak memakainya. Tapi, kalau kita bersama-sama sepakat menjaga diri dan sekeliling terutama dengan memakai pelitup muka, itu sudah bagus," katanya yang dilantik selama setahun mewakili jenama Himaya.

Elfira atau sebenarnya Nurul Elfira Loy Ahmad Sabri berkata, baginya pelitup muka kini bukan hanya keperluan, ia juga seperti satu tanggungjawab yang sangat besar maknanya.

"Suka atau tidak, kita kena biasakan norma baharu ini. Saya sedar pemakaian pelitup muka ini jika tidak kena materialnya boleh melemaskan dan memberi kesan kepada kulit muka. Jadi kena pilih yang bagus seperti Himaya.

"Kita kena sedar kegagalan kita memakai pelitup muka bukan hanya memberi kesan kepada diri sendiri, tapi orang sekeliling juga. Belajar untuk terus membiasakannya demi kebaikan bersama. Kita jangan mementingkan diri sendiri. Sama-sama beringat," katanya.

Berkongsi mengenai fasa indah bergelar ibu, Elfira memaklumkan anaknya kini sudah boleh berjalan dan berdiri.

BERSAMA suami, Faris dan anak mereka.
BERSAMA suami, Faris dan anak mereka.

"Saban hari, ada saja keletahnya yang mencuit hati. Saya tak ketinggalan berkongsi apa saja detik atau momen indah dilalui di Instagram. Dia juga yang jenis 'happy go lucky' dan gemar tersenyum. Cuma kalau ada orang datang rumah, dia susah nak mendekati mereka dan ambil masa untuk mesra.

"Dia seolah-olah tahu dengan situasi pandemik sekarang yang tak boleh sewenang-wenangnya bercampur dengan orang ramai," katanya.

Sementara itu, menyedari kesukaran yang dialami oleh golongan bertudung di negara ini untuk mendapat pelitup muka yang sesu

ai dengan penampilan mereka, Anggun Kirana Sdn Bhd mengambil peluang meneroka segmen berkenaan dengan melancarkan jenama pelitup muka premium khas untuk wanita bertudung dikenali sebagai Himaya.

Pemilik jenama Himaya, Anggun Kirana Sdn Bhd menerusi Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk KK Chua berkata, pemilihan sasaran pengguna bertudung yang khusus dibuat memandangkan terdapat potensi besar untuk diteroka dalam segmen berkenaan.

"Saya mendengar banyak maklum balas daripada golongan bertudung yang menyatakan kesukaran mereka untuk mendapatkan pelitup muka yang mudah dipakai wanita bertudung.

"Kebanyakan pelitup muka memerlukan mereka memakai sambungan (mask extender) dan ini agak merumitkan jika mereka tidak mempunyai sambungan berkenaan. Justeru, Himaya muncul tepat pada waktunya bagi memberikan pilihan lebih selesa kepada wanita bertudung. Malah ia juga boleh dipakai wanita tak bertudung

dan lelaki," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 4 January 2021 @ 6:16 AM